awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liwat sembilan pelajar, pengetua pusat tahfiz ditahan

Bernama
Bernama
22/09/2018
23:39 MYT
Liwat sembilan pelajar, pengetua pusat tahfiz ditahan
Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - Gambar hiasan
Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 Sept.
Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.
"Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.
"Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Zainuddin meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kes berkenaan agar melaporkan kepada PDRM untuk mendapat tindakan sewajarnya.
"Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara ini terus terjamin," katanya.
Sementara itu, menurut sumber polis, kesemua sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Pada masa ini, kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kesalahan Seksual
#cabul
#guru
#Hospital
#Kanak-kanak
#keluarga
#kepong
#liwat
#mangsa
#pelajar
#pengetua
#polis
#suspek
#Zainuddin Yaacop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan