MALAYSIA
LKAN: 157 projek sakit dilaporkan di bawah RMK12
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025, jumlah itu diikuti dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebanyak 34 projek, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (12 projek) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (11).
KUALA LUMPUR: Sebanyak 157 projek lewat jadual (sakit) melibatkan 18 kementerian bagi pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaporkan pada 31 Dis 2024, dengan Kementerian Pendidikan mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 46 projek.
Ringkasan AI
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025, jumlah itu diikuti dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebanyak 34 projek, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (12 projek) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (11).
Sehubungan itu, pihak audit negara mengesyorkan setiap kementerian dan jabatan hendaklah mengambil tindakan penyelesaian segera terhadap projek lewat jadual, bagi memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 (tahun terakhir RMK12).
Laporan itu turut memaklumkan sebanyak 3,829 projek (43.7 peratus) berada pada peringkat dalam pelaksanaan; 2,400 projek (27.4 peratus) masih pada peringkat prapelaksanaan dan 2,355 projek (26.9 peratus) berada pada peringkat pascapelaksanaan.
Sebanyak 171 projek (2.0 peratus), berstatus batal dan simpan dalam perhatian.
"Prestasi perbelanjaan projek bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024 adalah sebanyak RM315.932 bilion, melebihi peruntukan yang diluluskan sebanyak RM307.908 bilion bagi tempoh yang sama.
"Jumlah ini telah mencecah 76.1 peratus daripada jumlah siling peruntukan sebanyak RM415.0 bilion bagi tempoh (RMK12) selepas Kajian Separuh Penggal RMK12," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 merekodkan 157 projek pembangunan RMK12 lewat jadual, dengan Kementerian Pendidikan mencatat jumlah tertinggi iaitu 46 projek.
- Antara kementerian lain yang turut terlibat ialah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (34 projek) serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (12 projek).
- Audit Negara mengesyorkan tindakan segera diambil bagi memastikan semua projek disiapkan sebelum akhir 2025, tahun terakhir RMK12.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025, jumlah itu diikuti dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebanyak 34 projek, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (12 projek) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (11).
Sehubungan itu, pihak audit negara mengesyorkan setiap kementerian dan jabatan hendaklah mengambil tindakan penyelesaian segera terhadap projek lewat jadual, bagi memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 (tahun terakhir RMK12).
Laporan itu turut memaklumkan sebanyak 3,829 projek (43.7 peratus) berada pada peringkat dalam pelaksanaan; 2,400 projek (27.4 peratus) masih pada peringkat prapelaksanaan dan 2,355 projek (26.9 peratus) berada pada peringkat pascapelaksanaan.
Sebanyak 171 projek (2.0 peratus), berstatus batal dan simpan dalam perhatian.
"Prestasi perbelanjaan projek bagi tempoh tahun 2021 hingga 2024 adalah sebanyak RM315.932 bilion, melebihi peruntukan yang diluluskan sebanyak RM307.908 bilion bagi tempoh yang sama.
"Jumlah ini telah mencecah 76.1 peratus daripada jumlah siling peruntukan sebanyak RM415.0 bilion bagi tempoh (RMK12) selepas Kajian Separuh Penggal RMK12," menurut laporan itu.
-- BERNAMA

#Laporan Ketua Audit Negara LKAN
#projek sakit
#Rancangan Malaysia Ke-12 RMK12
#Kementerian Pendidikan