MALAYSIA
LKAN 2/2025: Tiga ketakteraturan serius didedah, libatkan Felcra, UKM, tentera darat
Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mendedahkan pelbagai ketirisan dan kelemahan tadbir urus melibatkan kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan dengan nilai keseluruhan projek diaudit mencecah RM48.87 bilion.
Pembentangan laporan itu, yang kedua bagi tahun ini, dibuat setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit 1957.
Ketua Audit Negara telah mengemukakan 22 syor audit kepada entiti berkaitan, dengan penemuan utama melibatkan tiga ketakteraturan serius, iaitu:
FELCRA Berhad – Kelemahan tadbir urus dalam perolehan pajakan ladang sawit di Sabah dan Kelantan bernilai RM241.76 juta.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Ketidaktelusan dalam proses perolehan tiga tender bernilai RM58.45 juta, termasuk pemilihan syarikat yang tidak disyorkan oleh panel penilai.
Tentera Darat Malaysia – Kelewatan pembekalan dan perkhidmatan kenderaan perisai melibatkan denda tidak dikutip berjumlah RM162.75 juta, serta perolehan bernilai RM107.54 juta dilakukan secara pecah kecil.
Turut disentuh dalam laporan ialah kelemahan pengurusan subsidi minyak masak dan kaedah perolehan tender baharu "Pre-Qualification Terpilih" yang membuka ruang kepada manipulasi serta melambatkan proses perolehan.
Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, pindaan terhadap Akta Audit 1957 yang diluluskan Parlimen tahun lalu membolehkan pejabat audit menyusul dengan tindakan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan, termasuk melalui platform Auditor General’s Dashboard (AGD).
Dalam tempoh 2024 hingga Jun 2025, audit yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara membantu kerajaan memulihkan semula RM157.73 juta, antaranya daripada denda, kutipan tunggakan, dan sewa tertunggak.
Sebagai sebahagian usaha reformasi institusi, Jabatan Audit Negara juga memperkenalkan sistem eSelfAudit bagi mengaudit 1,856 syarikat kerajaan yang diwartakan secara tahunan bermula 2025.
Orang awam boleh mengakses LKAN 2/2025 di laman web rasmi Jabatan Audit Negara.

#Dewan Rakyat
#Laporan Ketua Audit Negara
#FELCRA
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#tentera darat
#ketakteraturan serius