SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memastikan pengurusan pekerja asing di negara ini terus dilakukan dengan cara terbaik meskipun terdapat beberapa isu yang timbul akibat kelemahan sebelum ini.
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata KSM telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan pengurusan pekerja asing termasuk melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) dijalankan dengan lebih cemerlang.
"Sekiranya KSM mengenal pasti ada apa-apa kesalahan yang disebabkan oleh majikan atau pihak ejen yang membawa pekerja asing ke negara ini tanpa adanya pekerjaan atau penempatan, saya telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mengambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada Rabu yang meminta KSM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berbincang dan memutuskan pihak yang akan bertanggungjawab penuh terhadap sistem pengurusan pekerja asing tanpa mengabaikan keperluan semua pihak berkepentingan.
Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata setakat ini, JTK tidak menerima sebarang aduan atau laporan berhubung tindakan sebuah restoran Cina Muslim di ibu negara yang memecat pekerjanya kerana memakai lambang salib di tempat kerja.
Beliau berkata KSM akan melihat perkara terbabit sekiranya menerima aduan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap restoran itu yang mengundang pelbagai reaksi daripada semua pihak termasuk Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Noor.
Sementara itu, Sivakumar berkata MATEPM merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemenang terbaik keseluruhan dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP), sekali gus mengiktiraf individu yang cemerlang dalam lapangan kemahiran atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dianjurkan di dalam serta luar negara.
"Peningkatan penyertaan dalam kalangan belia pada tahun ini menunjukkan indikator yang positif terhadap tingginya minat dan semangat juang mereka untuk mengejar kejayaan dalam bidang kemahiran," katanya.
Pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan yang merangkumi WSMB, WSMP dan JuniorSkills Malaysia (JSM) peringkat prakelayakan dilaksanakan bermula 9 Mei hingga 12 Jun lepas dengan penyertaan keseluruhan sebanyak 1,467 orang.
Daripada jumlah itu, 349 orang layak ke pertandingan peringkat akhir yang telah diadakan pada 15 Sept hingga 16 Okt dalam 28 bidang yang dipertandingkan bagi kategori WSMB, 10 WSMP dan tujuh JSM.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan majlis itu turut menyampaikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2023 kepada Muhammad Hakimi Abu Bakar dan Mohd Fairuz Hamdzah selain Anugerah Tokoh Mahir 2023 kepada Datuk Shamsuddin Amran.
Anugerah Tokoh Mahir yang lazimnya disampaikan pada majlis sambutan Hari Pekerja, telah diperkenalkan untuk dianugerahkan bersama dalam MATEPM buat julung kali, bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang telah menggerakkan dan menyumbangkan pencapaian cemerlang dalam pembangunan bidang latihan kemahiran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Sivakumar berkata, KSM telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan pengurusan pekerja asing dijalankan dengan lebih cemerlang. - Gambar fail/BERNAMA
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KDN, KSM komited tambah baik aspek pengurusan pekerja asing - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) komited dalam usaha menambah baik aspek pengurusan pekerja asing di negara ini.
LKAN: KSM akan pastikan pengurusan pekerja asing pada tahap cemerlang - Sivakumar
KSM telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan pengurusan pekerja asing dijalankan dengan lebih cemerlang.
MPN mahu pelan strategik tangani isu pekerja asing
Majlis Profesor Negara (MPN) mahu isu dan cabaran pengurusan pekerja asing diselesaikan dengan pelan strategik yang perlu diperhalusi secara lebih komprehensif dan seimbang.