MALAYSIA
LKIM akan laksana lebih 1,000 Program Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah di Perak
Pelbagai spesies ikan ditawarkan berdasarkan permintaan setempat pada harga lebih rendah antara 20 hingga 40 peratus berbanding harga pasaran semasa. - Gambar hiasan/Astro AWANI
IPOH: Lebih 1,000 Program Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan dilaksanakan di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata pelbagai spesies ikan ditawarkan berdasarkan permintaan setempat pada harga lebih rendah antara 20 hingga 40 peratus berbanding harga pasaran semasa.
"Sebagai contoh, ikan kembung dijual pada harga RM13.60 sekilogram berbanding harga pasaran RM17 sekilogram atau ikan jenahak RM36 sekilogram berbanding harga pasaran RM45.
"Program siri jualan akan dijalankan secara jualan di bawah khemah atau menggunakan motosikal roda tiga serta lori bergerak dengan kekerapan tiga kali seminggu di lokasi terpilih," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah LKIM Ahmad Zulkifli Ismail di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai program jualan ikan berkenaan boleh melayari laman sosial Facebook rasmi LKIM Perak.
Mohd Zolkafly berkata pada masa sama, LKIM turut mengalu-alukan usahawan untuk bersama-sama menyertai program tersebut.
Menurutnya program jualan ikan itu dilaksanakan selaras dengan pengeluaran hasil perikanan negeri, di samping memperkukuh rantaian bekalan serta keterjaminan makanan negara.
-- BERNAMA