awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKIM cadang Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan kepada RM500

Bernama
Bernama
12/12/2022
13:18 MYT
LKIM cadang Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan kepada RM500
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dapat dinaikkan dari RM300 kepada RM500. - Gambar fail/BERNAMA
BUKIT GANTANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dapat dinaikkan dari RM300 kepada RM500, kata Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Beliau berkata langkah itu antara lain dapat membantu golongan memerlukan itu dalam berdepan ketidaktentuan hasil tangkapan mereka yang semakin hari semakin berkurangan sehingga menjejaskan pendapatan.
"Saya ada formula tersendiri yang mana kita boleh menaikkan ESHN ini dengan mengurangkan bantuan subsidi minyak yang berlebihan dan ia disalurkan kepada penambahan elaun sara hidup.
Selepas membuat kira-kira, ia dapat dilaksanakan tanpa peruntukan tambahan dan tidak menjejaskan dari segi pelaksanaan serta penangkapan ikan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Enjin Sangkut kepada kira-kira 25 penerima di sini hari ini.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata sekiranya kerajaan boleh meluluskannya, kira-kira 40,000 nelayan di negara ini bakal mendapat tambahan ESHN sebanyak RM96 juta setahun yang hanya diambil daripada subsidi minyak.
ESHN merupakan bantuan secara bulanan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen diberi sebanyak RM300 bagi tahun 2021 sebulan berbanding RM250 sebulan kepada kategori penerima yang layak pada tahun 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LKIM
#Elaun Sara Hidup Nelayan
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan