BUKIT GANTANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan RM1 juta bagi mengedarkan 1,000 kilogram ikan Q Fish (sejuk beku) secara percuma di semua kawasan Parlimen untuk membantu rakyat yang terkesan pandemik COVID-19.
Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata pemberian ikan secara percuma itu kerana kerajaan mendengar apa sahaja rintihan rakyat yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan ikan.
"Pagi tadi diadakan Jualan Keluarga Malaysia dan LKIM telah mengedar 300 kilogram kepada penduduk, selain membuat lelongan ikan harga mahal seperti ikan bawal emas, kembung dan sardin," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang di sini, pada Sabtu.
Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata ikan yang dilelong itu adalah jenis ikan mahal dan lelongan itu bertujuan agar rakyat merasai bantuan yang diberikan kerajaan untuk meringankan beban mereka.
Dalam perkembangan lain, Syed Abu Hussin berkata harga ikan dijangka stabil menjelang bulan depan apabila nelayan bot dalam dan awak-awak asing sudah dibenarkan memasuki negara ini untuk bekerja menangkap ikan.
"Saya yakin harga ikan kembali stabil Mei ini berbanding sebelum ini harga ikan mahal. Musim tengkujuh juga sudah berakhir dan kapal-kapal sudah boleh ke laut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Syed Abu Hussin Hafiz (dua, kanan) mengadakan lelongan ikan segar pada Program Lelongan Ikan Segar di pekarangan Masjid Changkat Ibol. -Bernama

Bantuan Lemas | Bomba peti keselamatan di 50 lokasi panas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 50 lokasi 'hot spot' berlakunya kejadian lemas untuk diletakkan Life Saving Appliances (LISA) di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, lisa adalah satu inovasi yang dipasang di lokasi-lokasi hot spot yang dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya kejadian lemas melebihi lima mangsa di tempat yang sama dalam tempoh tiga tahun.
![[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional [TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982547/37622980911660456903211_640x360.jpg)
[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional
Ikuti Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional dan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
![[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah [TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982548/37622981191660457355727_640x360.jpg)
[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah
Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan menerima rasuah RM10,000 dari sebuah syarikat kontraktor pada tahun 2015.

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Aizat sah jadi suami Elyssa, rancang bulan madu di Mexico
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang.

AWANI Ringkas: ADUN PSB keluar parti, pembangkang tingal lima kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15 | Kerjasama gabungan politik pembangkang
Pakatan Harapan (PH) masih belum membincangkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Pengarah Komunikasi Gabungan itu, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan berkenaan masih terlalu awal memandangkan PH masih belum membuat sebarang keputusan mengenai rundingan kerusi. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan bahawa khemah besar bukan strategi utama untuk pilihan raya, sebaliknya PH perlu memperkukuh kembali kepada mencari jalan penyelesaian dan buat penawaran kepada rakyat. Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abdul Muis membincangkan mengenai kerjasama dalam kalangan gabungan parti dan juga konsep khemah besar ini dalam situasi politik semasa.

Air hujan kini tidak lagi selamat diminum
Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan, tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih tidak diketahui.

Selain PBM, ada parti lain mahu sertai BN, akan diputus malam esok - Mohamad
Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil
Puting beliung yang bergerak menghala ke selatan dan tenggara Brazil itu turut menghanyutkan beberapa spesies haiwan marin lain.

Kartel: LKIM lantik syarikat untuk beli ikan bagi simpanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam proses menyiapkan tender untuk melantik syarikat membekalkan ikan untuk stok sejuk beku.

Bekalan ikan negara belum stabil - Pengerusi LKIM
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui bekalan ikan bagi keperluan negara masih belum stabil berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Apakah punca kenaikan harga ikan di Malaysia?
Dua faktor utama ialah kekurangan bekalan disebabkan cuaca buruk dan jumlah pekerja yang semakin berkurang.

Kelemahan sistem pengurusan punca bekalan ikan berkurangan - LKIM
Masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah dikenal pasti sebagai punca kekurangan bekalan ikan di negara ini.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

LKIM peruntuk RM1 juta edar ikan percuma bantu rakyat terkesan pandemik
Pemberian ikan secara percuma itu kerana kerajaan mendengar apa sahaja rintihan rakyat yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan ikan.

MAFI jalankan pemutihan, 126 nelayan terima lesen kelas A di Endau
Seramai hampir 3,000 nelayan telah diberikan lesen tersebut di seluruh negara selepas proses pemutihan.

MAQIS rampas sembilan tan ikan selar sejuk beku bernilai RM9,000
MAQIS tahan lori bawa masuk ikan tanpa Permit Import sah di Unit Pemeriksaan Kargo MAQIS, Kompleks LKIM Padang Besar.

LKIM buka pasar bergerak di lokasi terlibat banjir
Inisiatif itu diambil sebagai satu alternatif untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan banjir.

Tiba musim tengkujuh, bot fiber Haji Kip di Pulau Bruit laris
Kipli Mahji tidak putus-putus menerima tempahan daripada orang ramai yang sering memuji kekemasan hasil kerja.