MALAYSIA
LKIM tidak benarkan mana-mana pihak monopoli jeti - Mohamad Sabu
Mohamad berkata LKIM mengurus 48 kompleks dan pelabuhan perikanan di seluruh negara termasuk empat di Johor, selain 505 jeti pendaratan ikan tradisional yang dikendalikan persatuan nelayan atau jawatankuasa pangkalan.
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak membenarkan mana-mana pihak memonopoli atau menguasai kemudahan jeti pendaratan ikan, bagi memastikan akses saksama kepada semua nelayan termasuk nelayan kecil.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pemantauan terhadap penggunaan jeti dilakukan secara berterusan melalui kerjasama LKIM negeri, persatuan nelayan kawasan dan pihak berkuasa tempatan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang aduan, termasuk melibatkan bot swasta atau pencerobohan yang menekan pengusaha kecil.
"Buat masa ini, mekanisme pemantauan sedia ada dilihat sebagai langkah yang praktikal dan cepat untuk dilaksanakan. LKIM tidak membenarkan mana-mana pihak untuk memonopoli sebarang kemudahan jeti pendaratan seperti memberi sewa kepada pihak swasta dan sebagainya," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) berhubung langkah kementerian bagi memastikan jeti LKIM diurus tadbir secara telus dan inklusif, supaya ia tidak dimonopoli pihak tertentu dan terus dapat dimanfaatkan secara adil oleh nelayan kecil serta perusahaan tempatan.
Mohamad berkata LKIM mengurus 48 kompleks dan pelabuhan perikanan di seluruh negara termasuk empat di Johor, selain 505 jeti pendaratan ikan tradisional yang dikendalikan persatuan nelayan atau jawatankuasa pangkalan.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merancang memperluas pelaksanaan penternakan khinzir secara tertutup dan berteknologi tinggi sebagai langkah meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging khinzir kepada 90 peratus menjelang 2030.
Mohamad berkata usaha itu dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang disokong Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) termasuk bantuan teknikal dan transformasi struktur penternakan.
Beliau berkata DVS juga menyediakan khidmat nasihat teknikal secara berterusan meliputi pengurusan ladang, pematuhan piawaian kesihatan haiwan dan amalan biosekuriti bagi memastikan sistem penternakan lebih moden dan berisiko rendah terhadap jangkitan penyakit.
Selain itu, Mohamad berkata Kementerian Kewangan turut memperluas skop insentif galakan cukai automasi sektor pertanian termasuk Elaun Modal Dipercepat (ACA) dan pengecualian cukai pendapatan kepada penternak khinzir, bagi menggalakkan peralihan ladang terbuka kepada sistem tertutup dari 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2027.
Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk melaksanakan penternakan khinzir secara tertutup dan berteknologi tinggi memandangkan SSR semakin berkurangan.
-- BERNAMA