MALAYSIA
LLM jangka 2.6 juta kenderaan sehari sempena Krismas
Maklumat trafik semasa boleh diperoleh melalui media sosial rasmi LLM, aplikasi TuJu, atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM. - Gambar hiasan
KAJANG: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan ketara aliran trafik di lebuh raya utama sempena sambutan Hari Krismas, dengan anggaran sehingga 2.6 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak.
Menurut LLM, peningkatan trafik dijangka bermula seawal Jumaat, 19 Disember, melibatkan pergerakan pengguna lebuh raya ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan.
Dalam kenyataan sama, LLM menyambut baik pengumuman Kerajaan MADANI yang memberikan diskaun tol 50 peratus kepada kenderaan Kelas 1 bermula 23 Disember 2025 jam 12.01 tengah malam hingga 24 Disember 2025 jam 11.59 malam di semua plaza tol, kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang.
Bagi menguruskan peningkatan trafik, LLM mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya mengambil langkah persediaan rapi, termasuk tiada penutupan lorong kecuali kerja kecemasan, pengaktifan laluan ‘smart lane’ di 30 lokasi, serta memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kesesakan.
Selain itu, kemudahan tambahan seperti parkir sementara, tandas mudah alih dan penambahan petugas turut disediakan di kawasan rehat dan rawat serta hentian sebelah bagi keselesaan pengguna.
LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, baki kad pembayaran mencukupi serta mematuhi papan tanda, khususnya di kawasan yang mengaktifkan ‘smart lane’.
Maklumat trafik semasa boleh diperoleh melalui media sosial rasmi LLM, aplikasi TuJu, atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752.