MALAYSIA
"Load shedding" elektrik beri kesan lebih 600,000 isi rumah di Sabah, Labuan
Proses itu juga akan menyebabkan kesulitan kepada pengguna di Sabah dan Labuan, terutamanya pada waktu puncak antara 10 pagi hingga 10 malam. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Operasi load shedding atau penyisihan beban yang dilaksanakan di Sabah dan Labuan bermula 1 hingga 7 Ogos ekoran kerja penyelenggaraan berjadual di Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, Papar dijangka memberi kesan kepada lebih 600,000 isi rumah di Sabah dan Labuan.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd Datuk Mohd Yaakob Jaafar berkata kerja penyelenggaraan oleh PETRONAS itu akan menjejaskan lebih 200,000 akaun pengguna domestik di Sabah dan Labuan.
Yaakob berkata proses itu juga akan menyebabkan kesulitan kepada pengguna di Sabah dan Labuan, terutamanya pada waktu puncak antara 10 pagi hingga 10 malam, setiap kawasan akan mengalami gangguan bekalan selama satu atau dua jam secara bergilir.
"Kerja penyelenggaraan di pelantar luar pesisir dan pelantar di daratan akan menyebabkan bekalan gas kepada dua Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) di Kimanis terputus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dua IPP yang terjejas ialah loji jana kuasa Kimanis dan SPRE, yang mengakibatkan kehilangan sebanyak 195 megawatt kuasa dalam sistem grid Sabah sepanjang tempoh tujuh hari itu.
Beliau berkata pada peringkat permulaan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik dijangka semasa perbincangan awal dengan PETRONAS dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) pada awal tahun ini.
"Namun, berdasarkan maklumat yang diterima pada Selasa (29 Julai), didapati loji-loji jana kuasa berkenaan tidak dapat beroperasi menggunakan bahan bakar alternatif," katanya.
Orang ramai disaran mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual bebanan beralih, termasuk masa, tarikh dan kawasan yang terjejas melalui laman Facebook syarikat itu dan aplikasi Sabah Electricity.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Operasi penyisihan beban bermula 1 hingga 7 Ogos melibatkan gangguan bekalan elektrik selama satu hingga dua jam secara bergilir di Sabah dan Labuan, memberi kesan kepada lebih 600,000 isi rumah ekoran kerja penyelenggaraan berjadual oleh PETRONAS di Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Kimanis.
- Gangguan bekalan berlaku terutamanya pada waktu puncak antara 10 pagi hingga 10 malam, disebabkan terputusnya bekalan gas kepada dua loji jana kuasa bebas (IPP) Kimanis dan SPRE yang mengakibatkan kehilangan 195 megawatt kuasa dalam sistem grid Sabah.
- Sabah Electricity Sdn Bhd menyarankan orang ramai merujuk laman Facebook dan aplikasi rasmi syarikat untuk maklumat lanjut mengenai jadual load shedding termasuk masa, tarikh dan kawasan yang terjejas.