DREBAR
Loeb akan berlumba di Monte Carlo

Memang Loeb masi lagi aktif berlumba secara profesional – terutamanya dengan Citroen di dalam kejuaraan WTCC – tetapi barangkali hatinya terdetik untuk berentap dengan jentera VW Polo WRC yang kelihatan gagah semenjak Loeb bersara pada tahun 2013.
Dominasi Loeb sewaktu karier ralinya begitu hebat sehingga beliau tidak perlu pun berlumba di dalam kesemua perlumbaan tahun 2013, namun masih mampu mengecap kejuaraan dunia kesembilannya.
Loeb sebelum ini pernah memenangi Rali Monte Carlo sebanyak 7 kali, iaitu pusingan yang paling berprestij dunia WRC. Ia juga bertindak sebagai pembuka musim perlumbaan rali dan dijalankan pada (untuk kali ini) 19-25 Januari 2015.
Sebastien Loeb akan bergandingan dengan jurumudi setianya Daniel Elena. Pasangan ini akan turut disertai dengan satu lagi kereta DS 3 WRC yang dipandu oleh Kris Meeke yang dibantu oleh Paul Nagle, merangkap pasukan tetap Citroen DS untuk musim 2015.
Tetapi di Monte Carlo, yang menjadi tumpuan sudah pastinya adalah Sebastien Loeb! Ini juga akan menjadi salah-satunya perlumbaan WRC yang akan disertainya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami