GADGETS

Logo Google dikemas kini dengan warna cerun

Amanz 13/05/2025 | 00:30 MYT
Kini tiada lagi sempadan antara empat warna solid, dan ia diganti dengan warna cerun. - Foto Amanz
GOOGLE mengemas kini rekaan logo mereka pada Isnin (12 Mei) dengan warna pelangi yang digunakan sejak 2015 telah berubah kepada pelangi dengan warna cerun.
Kemas kini disedari oleh laman 9to5Google selepas aplikasi dikemas kini.
Kini tiada lagi sempadan antara empat warna solid, dan ia diganti dengan warna cerun.
Kali terakhir logo dengan huruf 'G' diubah ialah pada tahun 2015 yang menggantikan reka taip Catull Serif dengan Product Sans.
Perubahan dilakukan secara senyap tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada Google.
Besar kemungkinan pengumuman akan dilakukan ketika acara Google I/O yang akan berlangsung di Mountain View pada 20-21 Mei depan.
#Google #warna #logo #9to5Google