awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi HSA 2 diketahui dua tiga bulan lagi

Bernama
Bernama
18/06/2023
08:48 MYT
Lokasi HSA 2 diketahui dua tiga bulan lagi
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerima replika kunci daripada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (sektor Bangunan) Ir Badioezaman Abd Khalik. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Hasil perbincangan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung cadangan lokasi pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) dijangka diketahui dalam dua atau tiga bulan lagi.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perbincangan dua kementerian itu berjalan lancar dan MINDEF turut mengambil maklum kepentingan dan keperluan pembinaan HSA 2 itu.
"Kita akan teruskan perbincangan, mungkin kita akan lihat dalam dua tiga bulan lagi dan jika selesai (perbincangan), kita tidak ada masalah (untuk bina HSA 2)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan fasiliti kesihatan Johor di HSA, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan perbincangan dengan MINDEF berhubung tanah milik MINDEF di kawasan Skudai yang dicadangkan untuk pembinaan HSA 2.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Johor Ling Tian Soon.
Selain itu, Dr Zaliha berkata pihaknya akan memperhalusi cadangan membenarkan susu formula untuk pesakit kanser dibeli di hospital dengan harga lebih murah berbanding di pasaran.
"Kita kena tengok dahulu maklumat lanjut tentang susu apa, sesuai atau tidak sesuai untuk pesakit kanser dan sebagainya dan kalau perlu dan kalau ada kepentingan kepada pesakit kita akan perhalusi," katanya.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata akan berbincang dengan Menteri Kesihatan supaya pesakit dibenarkan membeli susu formula untuk pesakit kanser di hospital dengan harga lebih rendah.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook merakamkan ucapan terima kasih kepada KKM dan Dr Zaliha kerana mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri mengenai isu-isu kesihatan di Johor.
"Kerajaan negeri turut mengucapkan tahniah dan terima kasih KKM di atas penyerahan Klinik Kesihatan (Jenis 5) dengan kuarters Palong Timur; pembinaan bangunan baharu Makmal Patologi HSA dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan kuarters Taman Ungku Tun Aminah yang telah pun siap dan akan beroperasi tidak lama lagi, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM73.5 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lokasi HSA 2
#Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa
#KKM
#Hospital Sultanah Aminah 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan