MALAYSIA

Lonjakan kes COVID-19: Pengumuman penting Khairy petang ini

Astro Awani 07/02/2022 | 07:20 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar 12 tengah malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka membuat beberapa pengumuman penting susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 terutamanya yang membabitkan varian Omicron.

Khairy dijadual mengadakan sidang media jam 5 petang ini.

"Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini," kata Khairy pada muat naik di akaun Twitternya pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar 12 tengah malam tadi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.

Terbaharu, 11,034 kes baharu dilaporkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,925,254 kes.

[TERKINI] COVID-19 | Kes melonjak, pengumuman penting petang ini

#COVID-19 #Khairy Jamaluddin #Omicron #KKM