MALAYSIA
Lori 'Black Maria' bawa 10 OKT terbalik di Rembau
Lori 'Black Maria' yang terbalik di simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pekan Rembau pada Rabu. - Foto Sinar Harian
REMBAU: Sebanyak 10 Orang Kena Tuduh (OKT) serta lima anggota pengiring cedera selepas lori 'Black Maria' dinaiki mereka terbalik di pertengahan simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pekan Rembau, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata kejadian berlaku pada 9.40 pagi semasa lori berkenaan dalam perjalanan dari Penjara Seremban menuju ke Mahkamah Rembau untuk urusan waran tahanan.
"Sebaik sampai di lokasi kejadian, ketika membelok ke kanan lori tersebut hilang kawalan dan terbalik. Susulan itu, empat OKT cedera, manakala enam lagi termasuk anggota polis mengalami luka ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Rembau menaiki ambulans bersama dua pengiring serta eskot MPV (kenderaan pelbagai guna).
-- BERNAMA