awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori gagal berhenti langgar 6 kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2022
22:15 MYT
Lori gagal berhenti langgar 6 kenderaan
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori yang gagal berhenti hingga melanggar enam kenderaan lain. - Foto Sinar Harian
GUA MUSANG: Sebuah lori yang gagal berhenti walaupun sudah ditekan brek melanggar enam kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 8 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku pada jam 3 petang.
“Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun tahun.
“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu lelaki itu gagal berhenti walaupun selepas ditekan brek kemudian melanggar enam kenderaan di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, dua mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan tangan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#Lori
#brek
#gagal berhenti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan