awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori jatuh gaung, pemandu maut tertimbus

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
21/11/2017
00:11 MYT
Lori jatuh gaung, pemandu maut tertimbus
Pihak bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus dan tersepit di dalam muatan bijih besi itu.
Seorang pemandu maut apabila lori yang sarat dengan muatan bijih besi yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Aring-Sungai Gawi, petang Isnin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Jeganathan Bathumalai dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung dan maut di tempat kejadian.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus dan tersepit di dalam muatan bijih besi itu.
Mayat dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, penyelia Roadcare Hulu Terengganu Nasrudin Tawang berkata, kemalangan tersebut dipercayai akibat kecuaian pemandu. Menurutnya, walaupun papan amaran dipasang pada jarah satu kilometer, ia sering tidak diendahkan segelintir pemandu.
“Jalan ini memang kita buka kepada semua lalulintas... tak ada masalah sebenarnya. Tetapi di sini ni kawasan lencongan, papan tanda pun banyak.
“Kawasan ini kawasan yang selalu berlakunya kemalangan disebabkan oleh kenderaan yang dipandu laju,” katanya.
Topic Berkaitan
#gaung
#Jeganathan Bathumalai
#maut
#pemandu lori
#terjunam
#tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan