awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori kontena terbalik, lebuh raya sesak 7km

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
23/07/2022
11:21 MYT
Lori kontena terbalik, lebuh raya sesak 7km
Laluan di kilometer (km) 318.5 hala selatan di Lebuhraya Utara Selatan sesak kira-kira 7 km susulan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang terbalik. - Foto IPD Tapah
TAPAH: Laluan di kilometer (km) 318.5 hala selatan di Lebuhraya Utara Selatan dekat sini sesak kira-kira 7 km susulan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang terbalik.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kerja-kerja mengalihkan kenderaan terlibat dlakukan selepas pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada jam 3.30 petang.
Katanya, walau bagaimanapun pemandu lori bermuatan sarung tangan berkenaan, Mohamad Khairil Yahya, 29, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena itu hilang kawalan lalu terbabas dan telah melintangi jalan. Pemandu kenderaan itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.
“Susulan itu kesemua lorong (ke selatan itu) ditutup sepenuhnya kepada aliran trafik dan kesesakan lebih kurang 7Km. Kerja-kerja mengalihkan kenderaan terlibat sedang di buat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, pengguna jalan raya menghala selatan dinasihatkan untuk keluar di Tol Gopeng dan masuk semula di Tol Tapah bagi meneruskan perjalanan.
Sementara itu, Plustrafik dalam hantaran di laman Twitter terkini memaklumkan lorong kanan telah dibuka manakala lorong kecemasan dan lorong kiri masih terhalang.
“Sila keluar ke Plaza tol Gopeng dan guna laluan alternatif,” tulis hantaran berkenaan.
Topic Berkaitan
#lori kontena
#terbalik
#melintang
#Lebuhraya Utara Selatan
#PLUS
#kemalangan
#Mohamad Khairil Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan