Lori muatan batu terbakar di PLUS

Aida Aziz
Disember 29, 2019 14:38 MYT
Anggota sedang memadamkan kebakaran di bahagian kepala lori tersebut. - Foto JBPM
Sebuah lori treler muatan dengan batu terbakar di Kilometer 324.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kebakaran melibatkan 70 peratus bahagian kepala lori itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah terima panggilan sekitar pukul 7 malam mengenai kebakaran itu.
"Anggota bomba kemudiannya menggunakan satu unit foam, satu aliran 100 kaki dua pancutan bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Fakrul Md Zin itu tamat pada pukul 8.13 malam.
Sementara itu, info trafik dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran kenderaan masih perlahan dari Tapah ke Gua Tempurung ekoran insiden itu.
#Balai Bomba dan Penyelamat Tapah #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM Perak #lori muatan batu #terbakar di PLUS