BENTONG: Sebuah lori yang hilang kawalan merempuh sederet kedai di tepi jalan di sini semalam, mengakibatkan seorang pekerja warga asing mengalami kecederaan parah, termasuk kaki kiri hancur.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari di Kilometer 16 Jalan Bentong menghala ke Raub itu, tayar hadapan sebelah kiri lori itu meletup, menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lantas terbabas ke kiri jalan.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu merupakan warga tempatan berusia 31 tahun dari Kuari Bentong, yang membawa lori dengan muatan habuk batu (quarry dust).
“Lori tersebut merempuh sederet kedai yang terletak di tepi sebelah kiri jalan dan seorang warga asing yang bekerja di salah sebuah kedai di situ terseret lebih 30 meter.
“Lelaki itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kiri dan kaki kirinya hancur, serta berlaku pendarahan di bahagian kepala dan hati pecah.
"Mangsa menerima rawatan di Hospital Bentong dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, pemandu lori tersebut turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan mengalami tangan kiri retak, telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Zaiham memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai rakaman kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat untuk digunakan.
Amirah Nordin
Tue Apr 11 2023
Sebuah lori terbabas dan merempuh kedai di tepi jalan di Kilometer 16 Jalan Bentong pada tengah hari semalam, mengakibatkan seorang pekerja kedai mengalami kecederaan parah, termasuk kaki kiri hancur. - Foto ihsan PDRM
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Lori rempuh kedai tepi jalan, pekerja warga asing hancur kaki kiri
Tayar hadapan sebelah kiri lori itu meletup, menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lantas terbabas ke kiri jalan.