Lori sampah musnah dalam kebakaran awal pagi

Abd Razak Mohd Ali
Mei 22, 2021 00:12 MYT
Keadaan lori sampah itu yang musnah 60 peratus. -Foto JBPM
TAIPING: Sebuah lori sampah milik syarikat swasta musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Besar Simpang, dekat sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 4.50 pagi.
“Setibanya jentera di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori sampah yang musnah 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, kebakaran tidak melibatkan mangsa.
Difahamkan terdapat dua pekerja sedang menjalankan tugas mengutip sampah di kawasan berkenaan ketika kejadian.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahridzuan Shamsudin tamat pada jam 7 pagi.
#lori sampah #terbakar #bomba #JBPM #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #musnah 60 peratus #Shahridzuan Shamsudin