awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terbalik, 200 anak babi 'jaga' jalan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
26/01/2018
11:16 MYT
Lori terbalik, 200 anak babi 'jaga' jalan
Ratusan anak babi berkeliaran selepas lori membawa muatan haiwan berkenaan terlibat dalam kemalangan. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Beberapa pengguna jalan raya di Kilometer 31 Jalan Moyog Penampang-Tambunan, dekat sini, terkejut apabila melihat sekawan anak babi berkeliaran di atas jalan raya, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu berlaku selepas lori yang membawa muatan 200 ekor anak babi itu terbalik di bahu jalan selepas terbabas di satu selekoh.
Difahamkan lori berkenaan dalam perjalanan menghantar bekalan anak babi terbabit ke sebuah lokasi berhampiran Pekan Donggongon, Penampang.
Menurut Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan; Johnny John Jinuli, secara kebetulan dia dan sepasukan anggota yang menaiki kenderaan utiliti jabatan itu sedang dalam perjalanan dari arah daerah Tambunan menuju ke Penampang sebelum terserempak dengan kemalangan berkenaan.
"Kami menjalankan pemeriksaan namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku memandangkan kedua-dua pemandu dan kelindan yang masing-masing berusia 40-an dan 20-an itu tidak mengalami kecederaan dan berjaya menyelamatkan diri daripada lori terbabit.
Ratusan anak babi yang berkeliaran di jalan raya berkenaan turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Anak babi berkeliaran selepas lori itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Moyog Penampang-Tambunan hari ini. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Kejadian menyebabkan ratusan anak babi berkeliaran di atas jalan raya berkenaan yang turut mengakibatkan kesesakan lintas di laluan berkenaan selama hampir sejam.
Topic Berkaitan
#anak
#anak babi
#bomba
#kemalangan
#mangsa
#Penampang
#terbabas sendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan