awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini

Fareez Azman
Fareez Azman
01/06/2023
11:00 MYT
Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini. - Gambar: PLUS Malaysia Berhad
KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.
Ia melibatkan laluan kilometer (km) 8.1 hingga km 6.1 arah utara di Lebuhraya ELITE mulai 6.30 pagi hingga 9.30 pagi pada setiap Isnin hingga Ahad kecuali hari kelepasan am.
Plus Malaysia Berhad (PLUS) sebelum ini memaklumkan ujian rintis awam 'SmartLane' itu akan dijalankan sehingga 31 Ogos depan.
Hari pertama ujian rintis itu turut dipantau anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta PLUSRonda.
Sebelum ini, Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata ujian tersebut bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal USJ ke Seafield terutamanya pada waktu puncak.
Secara purata, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield setiap hari.
Daripada jumlah berkenaan, 58 peratus menggunakan laluan terbabit secara serentak pada waktu puncak pagi dan mengakibatkan kesesakan trafik.
Topic Berkaitan
#PLUS
#PLUS Malaysia Berhad
#ELITE
#lebuhraya
#SmartLane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan