MALAYSIA
LPPB bina 29,443 PAKR di Sabah sepanjang enam dekad - Hajiji
Hajiji menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Projek Penyambungan Grid Kuasa Elektrik Sarawak-Sabah di SICC pada Sabtu. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berjaya membina sebanyak 29,443 unit perumahan awam kos rendah (PAKR) di seluruh Sabah sepanjang tempoh hampir enam dekad penubuhannya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
Beliau berkata, perkara itu membuktikan peranan strategik agensi berkenaan dalam merealisasikan agenda perumahan rakyat di Sabah.
"LPPB turut memainkan peranan penting dalam pembangunan rumah mampu milik (RMM) serta projek komersial yang membantu kerajaan negeri merapatkan jurang sosioekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar secara lebih tersusun serta menyeluruh," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-59 LPPB di sini.
Hajiji berkata, usaha berterusan LPPB yang konsisten melaksanakan projek perumahan di seluruh Sabah adalah selaras dengan visi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan yang inklusif, seimbang dan berimpak tinggi kepada rakyat.
Beliau juga berkata, seiring matlamat Belanjawan Sabah 2026 yang memberi penekanan kepada pemacuan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah terus memberi perhatian serius terhadap penyediaan perumahan awam termasuk kos rendah dan mampu milik.
Hajiji berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui LPPB akan meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama antaranya pembangunan PAKR di Sukau, Melalap, Beluran dan Pitas.
Beliau berkata, selain itu, pelaksanaan projek RMM yang sedang dan akan dibangunkan melibatkan 2,358 unit di lokasi strategik seperti daerah Sandakan, Papar serta Kota Kinabalu turut menjadi keutamaan.
Ketua Menteri Sabah itu berkata, selain sektor perumahan, antara mandat penting LPPB ialah merancang dan membangunkan pekan baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuh pembangunan luar bandar.
Hajiji juga berkata, pada tahun ini, Kerajaan Negeri Sabah akan menambah kuota Rumah Mesra Sabah Maju Jaya daripada 40 kepada 50 unit bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.
Beliau berkata, penambahan 10 unit itu dikhaskan kepada golongan berumur 40 tahun dan ke bawah, telah berumah tangga serta tidak memiliki rumah sebagai usaha membantu generasi muda memiliki kediaman sendiri.
"Usaha ini penting bagi memenuhi keperluan rakyat termasuk di kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk Sabah... setiap projek yang dibangunkan LPPB bukan sekadar struktur fizikal sebaliknya membawa harapan, masa depan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- LPPB membina 29,443 unit perumahan awam kos rendah di Sabah sepanjang hampir enam dekad penubuhannya, menunjukkan peranan strategik agensi tersebut dalam agenda perumahan rakyat di negeri itu.
- Usaha berterusan LPPB dalam projek perumahan selaras dengan visi kerajaan negeri untuk pembangunan inklusif, seimbang, dan berimpak tinggi kepada rakyat, dengan penekanan kepada pemacuan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
- Kerajaan negeri Sabah melalui LPPB akan teruskan projek PAKR dan RMM termasuk pembangunan pekan baharu, sambil menambah kuota Rumah Mesra Sabah Maju Jaya bagi golongan muda yang belum memiliki rumah.