LRA Langat 2 henti tugas, 397 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Afiezy Azaman
Ogos 11, 2022 00:30 MYT
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi ini susulan henti tugas sementara LRA Langat 2 pada jam 4.30 pagi tadi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 397 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, hari ini.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan, ini susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi tadi.
"Pencemaran itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur, pada Rabu.
"Senarai penuh kawasan yang terjejas akan dikongsikan dalam masa terdekat ini dan Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 pada jam 4:30 pagi, 11 Ogos 2022 berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam. pic.twitter.com/BZ48jJ2ynI

— Air Selangor (@air_selangor) August 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
#loji rawatan air #LRA Langat 2 #gangguan bekalan air tidak berjadual #insiden pencemaran bahan kimia