LRT tergendala: 'Lakukan sesuatu yang bermaruah, letak jawatan' - Anwar

Astro Awani
November 9, 2022 09:45 MYT
Anwar menegaskan untuk pihak yang bertanggungjawab melakukan sesuatu yang bermaruah dengan meletak jawatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak pihak bertanggungjawab supaya meletakkan jawatan, berikutan gangguan membabitkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).
Menerusi ciapan di Twitter, beliau mengulas mengenai isu berkenaan sebagai respons kepada sidang media Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd, Mohd Azharuddin Mat sah pada Rabu.
“Lakukan sesuatu yang bermaruah - letak jawatan,” tegasnya.
Menurut Azharuddin, punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik (ATC) pada perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih belum dapat dikenal pasti.
Dalam satu sidang media pada Rabu, Azharuddin menegaskan gangguan tersebut mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren, sekali gus menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

Lakukan sesuatu yang bermaruah - letak jawatan. https://t.co/LZTMPcGopX

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
LRT Tergendala | Tempoh seminggu untuk pastikan tren selamat digunakan
Sehubungan itu, pihak Rapid Rail kini dibantu oleh satu pasukan khas pihak pengilang peralatan asal OEM, Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.
#Anwar Ibrahim #CEO Prasarana letak jawatan #Mohd Azharuddin Mat #Stesen LRT Kelana Jaya