Susulan laporan mengenai sektor perhotelan di Langkawi yang dikatakan menerima lebih 1,000 tempahan dalam tempoh sejam pada Ahad menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir.

Ramai yang mengemukakan pertanyaan sama ada ia sahih atau tidak, termasuk ramai yang teruja dengan laporan tersebut.

Untuk makluman, LTA telah tubuhkan pada 30 tahun lepas iaitu pada tahun 1990 persatuan itu dihidupkan semula pada 26 Mei 2016.

Sebanyak 193 buah hotel yang dimiliki oleh individu yang tidak berlesen menjadi ahli di bawah persatuan tersebut.

Dalam masa yang sama, terdapat tujuh hotel bertaraf tiga bintang turut menjadi ahli persatuan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Zainudin itu sama sekali tidak mewakili pandangan Astro AWANI.