INTREND
Luahan Rasa Sharifah Shahira Tentang Pelawak Baru & Lama
Dunia komedi dan lawak kini diangkat tinggi dek rancangan seperti Maharaja Lawak Mega, lebih banyak pro atau kons?
Benar, memang program sebegitu telah meletakkan artis komedi pada carta utama, sehingga bikin Shiera juga cuba untuk ubah cara hiburkan peminat sama method yang dilakukan dalam Maharaja Lawak Mega. Kalau bicara fasal baik dan buruknya Program ini, Shiera rasa itu adalah satu lumrah yang tidak boleh dijangkakan. Memang ia meletakkan komedi pada taraf tinggi, namun ia juga melambakkan komedian yang ada, apabila terlalu ramai ada juga bahayanya. Lihat pada Zero, mereka sudah lama aktif namun rezeki benar-benar hadir selepas Maharaja Lawak Mega, jadi pastinya ada alumni Raja Lawak yang hebat tetapi masih belum mencapai kemuncaknya pada waktu yang tepat. Seperti juga bikin album, kadangkala lagunya enak dan penyanyi hebat namun tidak terjual kerana not the right time dan bukan itu yang orang mahukan buat masa ini. Shiera mahu lihat lebih ramai pelawak wanita yang diberi fokus utama.