awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LUAS ambil tindakan tangani segera pencemaran bau Sungai Kuang

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
31/10/2020
07:20 MYT
LUAS ambil tindakan tangani segera pencemaran bau Sungai Kuang
Loy Sian berkata, usaha itu dilakukan secara bersepadu melibatkan LUAS, Air Selangor serta MPS. - Gambar Facebook/Hee Loy Sian
KUALA LUMPUR :Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang melaksanakan tindakan segera menangani pencemaran bau sekitar 3 TON (Nombor Bau Nilai Ambang) di Sungai Kuang, Selangor yang dikesan pada semalam (JUmaat, 30 Oktober) ekoran insiden sebuah kilang pemprosesan plastik terbakar di hulu Sungai Kuang.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO), Hee Loy Sian berkata, usaha itu dilakukan secara bersepadu melibatkan LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
"Pihak LUAS mengesan insiden kebakaran berhampiran Sungai Kuang tersebut ketika menjalankan Op Sumber Air kira-kira jam 10 malam semalam.
"Berdasarkan maklumat, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor memaklumkan, insiden kebakaran premis tersebut berlaku sekitar jam 6 petang.
"Siasatan pihak LUAS dan Air Selangor mendapati sisa kebakaran tersebut telah membeku pada permukaan air, namun sisa kehitaman kesan bahan terbakar mengalir masuk ke alur air di hulu Sungai Kuang sehingga menyebabkan kesan bau sekitar 3 TON melalui pensampelan bau yang telah dilaksanakan.
Jarak insiden ke muka sauk loji rawatan air (LRA) terdekat iaitu Rantau Panjang anggaran dalam 33km," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Kenyataan media LUAS
Kenyataan media LUAS
Kenyataan media LUAS
Kenyataan media LUAS
Dalam pada itu, Loy Sian berkata, sehingga kini pihaknya sedang dalam proses untuk menghentikan sisa kebakaran daripada mengalir ke dalam sungai melalui cadangan pembinaan ban tanah di lokasi.
"LUAS dan Air Selangor melaksanakan langkah awal nyah bau dengan meletakkan 43 beg activated carbon untuk mengawal pencemaran di Sungai Kundang (aliran masuk daripada Sungai Kuang) sekali gus mengelakkan bau dari sisa kebakaran tersebut mengalir sehingga ke Sungai Sembah dan seterusnya ke Sungai Selangor.
"LUAS juga akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122, Enakmen LUAS 1999 kepada kilang terlibat berkenaan risiko dan ancaman insiden berkenaan kepada kualiti sumber air," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagaimanapun tiada henti tugas LRA dan tiada gangguan bekalan air kepada pengguna dilaporkan.
"Langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan oleh LUAS bersama pihak-pihak terlibat.
"Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan sumber air di Negeri Selangor dan menyeru kepada semua agar prihatin terhadap kawasan-kawasan sensitif sumber air negeri terutamanya sungai," ujarnya.
Topic Berkaitan
#LUAS
#sungai kuang
#Air Selangor
#Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor EXCO Hee Loy S
#pencemaran sungai
#Majlis Perbandaran Selangor
#MPS
#negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan