awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LUAS kesan pencemaran diesel di Sungai Gong

Bernama
Bernama
27/04/2023
13:09 MYT
LUAS kesan pencemaran diesel di Sungai Gong
Hee berkata jentera itu melaksanakan kerja-kerja dari dalam sungai dan amat berisiko tinggi mengakibatkan pencemaran seperti tumpahan minyak. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengesan dan menangani pencemaran bau dipercayai diesel dengan kadar 1 ton di Sungai Gong, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata pencemaran itu dikesan ketika pemantauan dan pengawasan 24 jam melalui Skuad Pantas LUAS pada pukul 1.30 tengah hari.
Katanya LUAS mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air (insiden yang berpotensi menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA)) dan siasatan segera menemukan sebuah jentera jengkaut diletakkan di tebing Sungai Gong dengan anggaran jarak 150 meter dari sungai dan berhampiran sebuah premis kilang.
"Jentera itu dikenal pasti digunakan bagi melaksanakan kerja pemasangan gabion untuk pengukuhan tebing sungai malah tanpa kelulusan dan tidak mengikut piawaian kerja sewajarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hee berkata jentera itu melaksanakan kerja-kerja dari dalam sungai dan amat berisiko tinggi mengakibatkan pencemaran seperti tumpahan minyak.
"Lanjutan itu, LUAS segera mengarahkan pengendali mengalihkan jentera terbabit serta-merta dari tebing sungai yang mana berpotensi menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada operasi Loji Rawatan Air (LRA) utama negeri iaitu LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2, dan SSP3," katanya.
Selain itu, Hee berkata kerja penyemburan menggunakan rawatan biologikal menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) juga dilakukan sebagai tindakan kawalan dan pencegahan serta pemuliharaan agar tiada sebarang implikasi kepada Sungai Gong.
"Insiden ini berjaya diatasi dan tiada sebarang gangguan operasi LRA dilaporkan dan LUAS membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 59 (1)(b) Enakmen LUAS 1999 berkenaan kesalahan menjalankan aktiviti kemasukan atau pelepasan bahan pencemar tanpa lesen LUAS," katanya.
Pada masa sama katanya, LUAS akan menjalankan tindakan susulan penguatkuasaan bagi pematuhan lesen lain yang berkaitan terhadap premis yang berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LUAS
#Orang Asli
#rawatan biologikal
#SJAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan