awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubang benam dikesan di Sungai Ara

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2025
10:51 MYT
Lubang benam dikesan di Sungai Ara
Lubang benam dikesan di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang pada Selasa. -Foto Facebook ADUN Bayan Lepas
BAYAN LEPAS: Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara di sini pada petang Selasa.

Ringkasan AI
  • Kejadian lubang benam dikesan di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang pada petang Selasa.
  • Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menyatakan bahawa tindakan lanjut telah diambil dengan dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang.
  • Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim ditutup kepada pengguna jalan raya bagi tujuan keselamatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kejadian itu dikesan lebih awal dan telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.
Menurutnya, pasukan JKR kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati serta mematuhi arahan kakitangan bertugas di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, ketika ini, Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim telah ditutup kepada pengguna jalan raya.
“Setakat ini, tiada laporan mangsa terlibat atau kemalangan susulan kejadian berkenaan.
“Kerja-kerja pembaikan dan pemantauan akan dilaksanakan bagi mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya,” ujarnya.
Difahamkan, lubang benam tersebut berkeluasan 5 meter x 5meter. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kejadian yang berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang? A: Kejadian lubang benam telah dikesan pada petang Selasa di lokasi tersebut.
  • Q: Siapakah yang telah mengambil tindakan terhadap kejadian lubang benam tersebut? A: Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari telah mengambil tindakan dengan memaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang.
  • Q: Apakah langkah keselamatan yang telah diambil berikutan kejadian tersebut? A: Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim telah ditutup kepada pengguna jalan raya bagi memastikan keselamatan.

Topic Berkaitan
#lubang benam
#Jalan Dato Ismail Hashim Sungai Ara
#Zairil Khir Johari
#jalan ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan