MALAYSIA

Lubang benam dikesan di Sungai Ara

Sinar Harian 04/11/2025 | 10:51 MYT
Lubang benam dikesan di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang pada Selasa. -Foto Facebook ADUN Bayan Lepas
BAYAN LEPAS: Satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara di sini pada petang Selasa.


Ringkasan AI
  • Kejadian lubang benam dikesan di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang pada petang Selasa.
  • Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menyatakan bahawa tindakan lanjut telah diambil dengan dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang.
  • Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim ditutup kepada pengguna jalan raya bagi tujuan keselamatan.


Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kejadian itu dikesan lebih awal dan telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, pasukan JKR kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati serta mematuhi arahan kakitangan bertugas di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Tambahnya, ketika ini, Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim telah ditutup kepada pengguna jalan raya.

“Setakat ini, tiada laporan mangsa terlibat atau kemalangan susulan kejadian berkenaan.

“Kerja-kerja pembaikan dan pemantauan akan dilaksanakan bagi mengelakkan risiko kepada pengguna jalan raya,” ujarnya.


Difahamkan, lubang benam tersebut berkeluasan 5 meter x 5meter. -Sinar Harian






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kejadian yang berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Pulau Pinang?
    A: Kejadian lubang benam telah dikesan pada petang Selasa di lokasi tersebut.
  • Q: Siapakah yang telah mengambil tindakan terhadap kejadian lubang benam tersebut?
    A: Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari telah mengambil tindakan dengan memaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang.
  • Q: Apakah langkah keselamatan yang telah diambil berikutan kejadian tersebut?
    A: Jalan Kenari dan Jalan Dato Ismail Hashim telah ditutup kepada pengguna jalan raya bagi memastikan keselamatan.



#lubang benam #Jalan Dato Ismail Hashim Sungai Ara #Zairil Khir Johari #jalan ditutup