Skip to main content

Malaysia

Lubang benam: JKR pasang jambatan Bailey di Jalan Gua Musang-Kota Bharu

Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian lubang benam sedalam kira-kira lapan meter pada Sabtu. -Foto Bernama
Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian lubang benam sedalam kira-kira lapan meter pada Sabtu. -Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu ditutup sepenuhnya selepas kejadian lubang benam sedalam lapan meter pada Sabtu.
  • JKR akan memasang Jambatan Bailey bermula 14 Oktober untuk memulihkan akses, tertakluk kepada kestabilan tanah dan keselamatan tapak.
  • Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif FT2747, Jalan Pulai-Bandar Baru Gua Musang dan mematuhi arahan keselamatan di lokasi.

GUA MUSANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memasang Jambatan Bailey di Jalan Gua Musang-Kota Bharu (FT08) berhampiran Taman Rekreasi Etnobotani Kesedar, di sini, yang ditutup akibat kejadian lubang benam pada Sabtu.

JKR memaklumkan pemasangan itu bertujuan memulihkan akses di kawasan berkenaan.

"Kerja pemasangan jambatan itu dijangka bermula pada 14 Oktober ini dan disiapkan dalam tempoh kira-kira seminggu," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook JKR Gua Musang Kelantan pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan kejadian lubang benam di FT08 jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar, di sini, menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan pada Sabtu.

JKR Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn Bhd berkata lokasi kejadian membabitkan laluan FT08 di Seksyen 205.556 hingga 205.564 dalam jajaran projek LTU Pakej 3B dan 3C.

Menurut kenyataan itu, kerja pemasangan jambatan berkenaan tertakluk kepada kestabilan tanah serta keadaan keselamatan di tapak.

JKR berkata pihaknya akan terus memantau keadaan di lokasi dan mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang pelaksanaan kerja.

Orang ramai turut diminta memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan penutupan jalan serta menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

"JKR memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna jalan raya akibat penutupan berkenaan.

"Jalan ini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan kejadian lubang benam kira-kira jam 9.05 pagi pada Sabtu," katanya.

Menurut JKR, penutupan bermula Sabtu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu melalui Gua Musang dan arah bertentangan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747, Jalan Pulai-Bandar Baru Gua Musang.

"Pengguna juga diminta mematuhi arahan serta papan tanda keselamatan yang dipasang di lokasi terjejas," katanya. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Mengapa laluan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu ditutup kepada semua kenderaan? 
    A: Laluan FT08 ditutup kerana berlaku kejadian lubang benam sedalam kira-kira lapan meter berhampiran Taman Rekreasi Kesedar pada Sabtu.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh JKR untuk memulihkan akses di kawasan terjejas? 
    A: JKR akan memasang Jambatan Bailey di lokasi terjejas untuk memulihkan akses, dengan kerja pemasangan dijangka bermula pada 14 Oktober dan disiapkan dalam tempoh kira-kira seminggu.
  • Q: Apakah laluan alternatif yang disarankan kepada pengguna jalan raya? 
    A: Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang dan sebaliknya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747, Jalan Pulai-Bandar Baru Gua Musang.
  • Q: Berapa lama penutupan jalan FT08 akan berlangsung? 
    A: Penutupan jalan bermula Sabtu dan akan berterusan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bergantung kepada keselamatan pengguna jalan raya.
  • Q: Apakah langkah keselamatan yang diambil oleh pihak JKR sepanjang pelaksanaan kerja pembaikan? 
    A: JKR akan terus memantau keadaan di lokasi, mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya, dan meminta orang ramai mematuhi arahan serta papan tanda keselamatan yang dipasang di lokasi terjejas.

Must Watch Video

Advertisement