NATIONAL
Lubang benam paksa jalan ditutup di Butterworth

JKR dalam kenyataan memaklumkan menerima laporan kejadian sinkhole daripada pengguna jalan raya kira-kira jam 4.30 petang. - Gambar/ JKR
BUTTERWORTH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang menutup sementara sebahagian laluan di Jalan Bagan Lalang, di sini, susulan terdapat lubang benam, hari ini.
Penutupan dibuat bagi menjalankan kerja pembaikan mendapan di permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).
JKR dalam kenyataan memaklumkan menerima laporan kejadian ‘sinkhole’ daripada pengguna jalan raya kira-kira jam 4.30 petang.
“Pihak JKR menutup sementara sebahagian kawasan tersebut bagi kerja pembaikan. Pembaikan kekal sedang diselaraskan bersama pihak IWK," kata kenyataan tersebut.JKR berkata, pihaknya akan menyediakan laluan alternatif sekiranya perlu, namun buat masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan.
Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar ‘lubang besar ’ di permukaan jalan di kawasan berkenaan yang mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami