Lukanisman Awang Sauni dilantik pengerusi baharu SEDA

Bernama
April 28, 2020 09:33 MYT
Lukanisman Awang Sauni merangkap Ahli Parlimen Sibuti kini memikul tanggungjawab besar dalam melakar agenda lestari negara. -Gambar Fail
Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dilantik sebagai pengerusi baharu Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia berkuat kuasa 16 April lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SEDA, kepimpinan Lukanisman diharap dapat memacu agenda tenaga lestari ke tahap lebih tinggi.
Seperti dipetik daripada BERNAMA,sebelum ini, Lukanisman memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Maklumat Parlimen di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Bahagian jabatan itu.
Beliau juga aktif mengambil bahagian dalam pelbagai isu antaranya sekolah usang, Perjanjian Malaysia 1963, Reformasi Parlimen dan agenda belia.
Selain itu, Lukanisman yang juga Ahli Kaukus Belia Parlimen sering menganjurkan ceramah kesedaran mengenai suara orang muda dan kepimpinan Reformasi Parlimen.
Dalam masa sama, beliau turut komited dalam kerja-kerja sosial dan membida secara aktif untuk Gua Niah supaya diiktiraf sebagai satu daripada tapak Warisan Dunia UNESCO.
#Astro Awani #AWANI Sarawak #Lukanisman Awang Sani #Pegawai Maklumat Parlimen di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas JASA #Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari SEDA Malaysia #SEDA #Unesco