awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Populasi China susut 3.39 juta pada 2025, catat 1.404 bilion
Anwar rakam penghargaan semua pihak jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Putera raja dibuang negeri, Reza Pahlavi tekad pulang ke Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Luluh hati, suami dan dua anak tinggalkan saya selamanya'

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2026
08:05 MYT
'Luluh hati, suami dan dua anak tinggalkan saya selamanya'
Nor Hamiza menunjukkan gambar kenangan bersama suami dan anak-anaknya. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: "Saya tunggu suami, dua anak di tempat kerja tapi tak sampai...rupa-rupanya mereka dah 'tinggalkan' saya buat selama-lamanya."

Ringkasan AI
  • Nor Hamiza Halid, 25 tahun, kehilangan suami, Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25 tahun, dan dua anak lelakinya, Muhammad Aqeel Afnan, 4 tahun, serta Muhammad Affan Mikhael, 2 tahun dalam kemalangan tragis.
  • Nor Hamiza menunggu suaminya di kedai makan sebelum menerima panggilan adik ipar mengenai kemalangan yang meragut nyawa keluarganya.
  • Keluarga merancang untuk menyambut Hari Raya di Terengganu, tetapi impian itu pupus apabila tragedi berlaku.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Demikian luahan pilu Nor Hamiza Halid, 25, yang kehilangan suami, Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, selepas terbabit kemalangan bersama dua anak mereka, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, juga maut dalam kejadian itu.
Sebelum kemalangan, Nor Hamiza menunggu suaminya tiba untuk menjemput pulang dari tempat kerja di kedai makan dekat Sungai Ular, Kulim namun tidak sampai-sampai.
Nor Hamiza berkata, dia ada menghantar WhatsApp kepada suaminya pada jam 5 petang tetapi tidak dibalas membuatkannya rasa tidak sedap hati sehinggalah dihubungi adik ipar pada jam 5.45 petang memaklumkan suami kemalangan.
"Masa tu saya tanya suami macam mana... Anak-anak macam mana tetapi adik ipar kata tak tahu lagi...tidak lama kemudian, anak majikan saya ajak ke Forensik Hospital Kulim...luluh hati saya bila dapat tahu suami dan anak-anak telah pun meninggal dunia," katanya.
Kebiasaannya, suami akan menjemput Nor Hamiza dengan menunggang motosikal tetapi pada hari kejadian, dia turut membawa anak bongsu menyebabkannya menaiki kereta.
Bagaimanapun, Muhammad Syazwan yang bekerja di sebuah kilang di Kulim dikatakan berpatah balik ke rumah ibunya di Taman Mutiara disebabkan bantal Muhammad Affan Mikhael tertinggal.
"Tiba-tiba anak sulung nak ikut, jadi ayahnya bawa kedua-dua anak kami bersama untuk jemput saya dan sepatutnya kami akan pulang ke rumah sewa di Kampung Sungai Tengas," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Menurutnya, mereka sekeluarga telah merancang membeli baju raya warna hijau serta ingin berkumpul di Terengganu bersama keluarga belah suami lebaran nanti.
"Kami juga sudah menempah inap desa untuk menyambut hari raya tahun ini di Terengganu kerana keluarga belah suami orang Terengganu, namun semua yang dirancang tidak kesampaian apabila mereka pergi meninggalkan saya buat selamanya," katanya.
Dalam kemalangan lebih kurang jam 5.15 petang Ahad, kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga beranak itu bertembung dengan sebuah kereta Proton S70 yang dipercayai hilang kawalan dekat Jalan Sungai Kob, Kulim sebelum memasuki laluan bertentangan.
Kejadian itu menyebabkan kereta Proton S70 terbakar sejurus kemalangan namun pemandu berusia 27 dikatakan hanya mengalami cedera ringan.
Bertambah luluh hati Nor Hamiza apabila menyedari ada rakan menghantar video tular anak-anaknya terbaring di tepi jalan selepas kemalangan namun, hanya sempat dibuka semasa berada di Jabatan Forensik.
Jenazah ketiga-tiga beranak itu dijangka dibawa pulang ke Taman Mutiara sebelum dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Fateh selepas selesai proses bedah siasat.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan identiti tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kulim-Mahang pada petang Ahad, disahkan terdiri daripada seorang bapa dan dua anak.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada Nor Hamiza dan keluarganya? A: Mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa suami Nor Hamiza, Muhammad Syazwan, dan dua anak lelakinya.
  • Q: Bagaimana Nor Hamiza mengetahui mengenai kemalangan tersebut? A: Nor Hamiza menerima panggilan daripada adik ipar yang memberitahu mengenai kemalangan selepas dia tidak menerima respons daripada suaminya.
  • Q: Apa yang dirancang oleh keluarga Nor Hamiza sebelum kemalangan berlaku? A: Mereka merancang untuk menyambut Hari Raya di Terengganu dan sudah menempah penginapan, tetapi impian itu tidak kesampaian akibat kemalangan tragis yang menimpa keluarganya.

Topic Berkaitan
#Nor Hamiza Halid
#Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin
#Muhammad Aqeel Afnan
#kemalangan tragis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan