IPOH: Lumut yang terletak di daerah Manjung sedang dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Defence City atau Bandar Pertahanan ketiga di negara ini selepas Subang, Selangor dan Lipis, Pahang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu diusulkan Kementerian Pertahanan dalam satu pertemuan antara beliau dengan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu pada minggu lalu.
Justeru, katanya ketika ini kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan itu agar ia benar-benar memberi impak positif kepada daerah Manjung terutama daripada sudut pembangunan dan pelancongan.
“Jadi konsep Bandar Pertahanan ini kita harap ia benar-benar dapat menyemarakkan Manjung itu untuk menarik kehadiran lebih ramai orang ke situ.
“Konsepnya telah dibentangkan, namun kita minta supaya ia diperhalusi sebab ia akan melibatkan soal tanah, sempadan dan beberapa kementerian seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pertahanan sendiri serta Pejabat Tanah dan Galian.
“Idea (pembangunan Bandar Pertahanan) itu sudah ada sebab ia merupakan lamaran oleh Kementerian Pertahanan. Justeru, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan memperhalusinya lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Perak Sejahtera 2030: State Leadership Summit 2022 di Hotel [email protected] di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Saarani memberitahu beliau berharap sekiranya usaha mewujudkan Bandar Pertahanan di Lumut itu akan menambah satu lagi sumber kewangan kerajaan negeri.
Katanya keberadaan Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM), Lumut Port dan Pulau Bebas cukai di Pangkor mampu memberi nilai tambah kepada usaha tersebut.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menjayakan enam agenda utama yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
Agenda tersebut adalah Memperkukuhkan Sekuriti Makanan, Koridor TVET Negara, Perlombongan Lestari, Memacu Ekonomi Digital, Pembuatan Keputusan Berpacukan Data serta Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri.
“Dalam mesyuarat Exco siang tadi, kita telah menerima pandangan dan bersedia untuk berkolaborasi dengan MOSTI yang mana kita mahu menubuhkan enjin Perak Sejahtera 2030 di setiap daerah dan kawasan Parlimen di negeri ini.
“Pegawai kewangan negeri juga sudah dimaklumkan supaya dapat dimasukkan juga keperluan perbelanjaan untuk usaha kolaborasi tersebut,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 24 2022

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Persidangan Kemuncak Kepimpinan Perak Sejahtera 2030 hari ini. - Foto BERNAMA

Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.

Banjir | MAFS sedia bantu tampung kerugian petani
Bagi meringankan beban petani yang terjejas banjir Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Sabah bakal mengagihkan bantuan. Ia termasuk bantuan akibat kerosakan tanaman. Nilai bantuan adalah 50 peratus daripada jumlah kerugian yang dihadapi oleh petani.

Banjir Sabah | Hanya lima PPS masih dibuka libatkan 358 mangsa
Hanya lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif di Sabah setakat jam 4 petang, Jumaat, berbanding sembilan buah pada sebelah pagi. Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, PPS yang masih aktif iaitu di telupid dan beluran masing-masing dua PPS, serta di Beufort satu PPS.

Tengku Zafrul kunjungi MB Kedah, lawat beberapa industri
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.

Pakistan: Dadah bernilai AS$1.69 juta dirampas daripada budak 12 tahun
Budak lelaki berkenaan menyamar sebagai wanita dan menyembunyikan dadah berkenaan dalam jaketnya.

Belanjawan 2023 utamakan pertumbuhan ekonomi saksama berpaksi keadilan sosial
Kerajaan akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat menerusi Belanjawan 2023.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Pantau Kerajaan Baharu | Pemerkasaan TVET, perhalusi peluang anak tempatan
Segmen Pantau Kerajaan Baharu kali ini melihat kepada cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan supaya pihak swasta dan kerajaan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Semestinya, pemain industri mengharapkan yang terbaik khusus sekali dalam memacu bakat tempatan ke peringkat lebih tinggi. Ikuti perbincangan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan. #AWANInews #PantauKerajaanBaharu

Yu Cai Foundation gerakkan kutipan derma untuk tajaan biasiswa pelajar sekolah menengah B40
Semua dana yang dikumpul melalui kutipan derma ini akan disalurkan untuk menaja kos pendidikan pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40.

LRT rosak bukan sebab negara tiada pakar - Anthony Loke
Dakwaan sedemikian dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

Sarjan mejar kritikal, parah jatuh bangunan sebelum majlis kahwin
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan beberapa jam sebelum majlis perkahwinannya, semalam.

TLDM siasat insiden bot tempur berlanggar sewaktu demonstrasi
Insiden kira-kira 11.30 pagi tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1m dan Bot Tempur kemek di bahagian haluan.

PRU15: Saingan dua SU Agung parti, Zambry dan Mohd Hatta saling menghormati
Sekali lagi dua nama besar dalam parti masing-masing akan berentap dalam gelanggang sama.

Lumut... meriah ketika cuti, lengang pada hari biasa
Peniaga dan masyarakat umum di sekitar kawasan tumpuan utama di Lumut mengeluh tentang kesuraman iklim pelancongan dan juga kenaikan kos sara hidup.

2 maut, 1 cedera insiden kren runtuh
Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden runtuhan kren ketika kerja-kerja pemotongan di sebuah kilang berdekatan kawasan perindustrian Kampung Acheh, di sini pada Isnin.

Pemandu tersepit, MPV bertembung lori di Pelabuhan Lumut
Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Pelabuhan Lumut, Kampung Acheh Baru, dekat sini, petang ini.

Tiada unsur jenayah kes lelaki lemas, kereta menggelongsor masuk laut
Kematian seorang lelaki yang terperosok di bawah kereta ketika kereta menggelongsor ke laut di Teluk Senangin tidak melibatkan elemen jenayah.

Lumut dalam perancangan dijadikan Bandar Pertahanan - MB Perak
Lumut yang terletak di daerah Manjung sedang dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Defence City atau Bandar Pertahanan ketiga di negara ini selepas Subang, Selangor dan Lipis, Pahang.

Polis nafi kasari suspek kes dadah
Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.

CEO LTAT sahkan pembinaan Kapal LCS sedang berjalan
Ahmad Nazim berkata, sebahagian besar hull (badan) kapal tersebut dibina di Lumut Shipyard, Pengkalan TLDM.