awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung

Bernama
Bernama
20/12/2023
10:28 MYT
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Luruan monsun dijangka berlaku sehingga Isnin ini, yang berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan, berdasarkan analisis model-model cuaca.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam laporan harian bencana hari ini memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
"Pada masa yang sama, penumpuan angin juga dijangka berlaku di Sabah sehingga 21 Dis 2023 yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang.
"Tiada amaran banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) buat masa ini, namun terdapat satu sungai, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan yang masih mencatatkan kenaikan air aras bahaya," menurut laporan itu.
Setakat 12 tengah hari ini, sebanyak empat daerah iaitu Pasir Mas, Kelantan; Hilir Perak, Perak; Kuala Selangor, Selangor dan Sandakan, Sabah sedang dilanda banjir dengan mangsa berkurangan kepada 3,268 dalam tempoh 24 jam, berbanding 4,336 mangsa semalam.
Ia melibatkan 1,007 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala tiga daerah yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas (3,162 mangsa), Hilir Perak (64 mangsa) dan Selangor (25 mangsa).
Menurut laporan itu, hanya satu kematian akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) direkodkan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berlaku di Kota Bharu pada 26 Nov.
"Berdasarkan rekod kawasan hotspot dan cerun kritikal Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), tiada kawasan yang berisiko mengalami tanah runtuh di daerah yang sedang dilanda banjir.
"Terdapat tujuh kejadian tanah runtuh di seluruh Malaysia direkodkan sehingga 17 Dis 2023, iaitu empat di Pahang, dua di Selangor dan satu di Sarawak," katanya.
Bagi memastikan keselesaan dan kebajikan mangsa banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersedia untuk mengaktifkan 8,481 PPS yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#luruan monsun
#hujan lebat
#angin kencang
#tibut petir
#Malaysia
#cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan