awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
Polis terima laporan pelakon dakwa jadi mangsa seks luar tabii
Kampung Angkat MADANI: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lynas: Syarat ketat pastikan residu radioaktif dihentikan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/10/2019
05:31 MYT
Lynas: Syarat ketat pastikan residu radioaktif dihentikan
Pembaharuan lesen operasi Lynas itu diluluskan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) hanya untuk tempoh enam bulan bermula Ogos lepas, dengan syarat lebih ketat perlu dipenuhi kilang Australia itu. - Gambar fail
Syarat yang dikemukakan kerajaan dalam membenarkan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) beroperasi adalah bagi memastikan penghasilan residu radioaktif dihentikan pada masa depan.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis menegaskan, Lynas perlu mengemukakan perancangan pembinaan ‘cracking and leaching’ di luar negara bagi memindahkan proses yang kini dijalankan Gebeng.
“Kemudahan ‘cracking and leaching’ di luar negara hendaklah dibina dan mula beroperasi dalam tempoh empat tahun dari tarikh sah lesen.
“Selepas kemudahan ‘cracking and leaching’ mula beroperasi di luar negara, pemegang lesen tidak lagi dibenarkan menghasilkan residu radioaktif yang melebihi 1 Becquerel per gram di lojinya, di Gebeng,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang meminta pihak kementerian menyatakan alasan kerajaan meneruskan kilang Lynas dan kesan kepada kesihatan rakyat apabila Lynas meneruskan operasinya.
Tambahnya, pembaharuan lesen operasi Lynas itu diluluskan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) hanya untuk tempoh enam bulan bermula Ogos lepas, dengan syarat lebih ketat perlu dipenuhi kilang Australia itu.
Katanya, ia bertujuan memastikan operasi Lynas, terutamanya dari segi pengurusan sisa Lynas adalah selamat dan tidak mengancam keselamatan penduduk sekitar.
Topic Berkaitan
#ancaman keselamatan
#Australia
#cracking and leaching
#Gebeng
#ismail sabri yaakob
#Lynas
#lynas malaysia sdn bhd
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan