awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LZS lancar kempen Bulan Taksir Zakat

Bernama
Bernama
23/06/2022
08:22 MYT
LZS lancar kempen Bulan Taksir Zakat
Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail (empat, kiri) hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Taksir Zakat (BTZ), hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bagi menggalakkan umat Islam di negeri ini mentaksir sendiri jumlah zakat mereka yang perlu ditunaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata kempen tersebut dilakukan bagi membudayakan taksiran zakat pada setiap Jun sebagai amalan tahunan dalam kalangan masyarakat agar tanggungjawab zakat tidak dilupakan, bersesuaian dengan jumlah harta yang dimiliki.
Katanya menerusi kempen tersebut, mereka yang membuat taksiran zakat antara 15 Jun dan 31 Julai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik selain boleh menebus baucar makanan segera di cawangan-cawangan LZS.
Maklumat lanjut berkenaan kempen BTZ, boleh didapati di saluran rasmi LZS iaitu portal jom.zakatselangor.com.my atau Facebook dan Instagram ZakatSelangor.
Pada masa yang sama, Mohd Sabirin berkata LZS turut memperkenalkan kemudahan terkini pembayaran zakat secara ansuran melalui perkhidmatan debit terus, dengan melayari laman web zakatselangor.com.my/directdebit.
LZS-TAKSIR 2 (AKHIR) SHAH ALAM
"(Pembayar) hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan, seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat," katanya kepada media selepas majlis pelancaran BTZ yang disempurnakan oleh Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail di sini hari ini.
Beliau berkata kemudahan terkini tersebut adalah hasil kerjasama antara LZS dengan Bank Islam Malaysia (BIMB) dan InfaqPay sebagai rakan sinergi.
Mengenai bantuan khas banjir, beliau berkata antara Dis 2021 dan Jun 2022, LZS mengagihkan bantuan lebih RM42 juta merangkumi bantuan kecemasan bencana alam sebanyak RM28 juta; baik pulih institusi seperti masjid dan surau (RM7.5 juta), keperluan asas rumah (RM4.17 juta) dan baik pulih rumah (RM2.44 juta), namun jumlah dana bantuan tersebut masih belum diaudit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LZS
#Lembaga Zakat Selangor
#Bulan Taksir Zakat
#BTZ
#Umat Islam
#Mohd Sabirin Mohd Sarbini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan