MALAYSIA
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
Mohd Khaidzir berkata pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat anggota PDRM Selangor direkodkan mencecah RM1.03 juta menerusi skim potongan gaji melibatkan 2,736 anggota. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM2.2 juta daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor tahun ini, dengan menumpukan pengukuhan pelaksanaan skim potongan gaji sebagai kaedah pembayaran yang lebih konsisten, sistematik dan berterusan.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Khaidzir Shahari berkata sasaran itu berdasarkan potensi besar penyertaan warga PDRM Selangor, memandangkan masih terdapat lebih 10,000 anggota yang belum menunaikan zakat melalui LZS walaupun menetap dan bertugas di negeri itu.
"Sasaran tersebut realistik dicapai sekiranya lebih ramai anggota PDRM menyertai skim potongan gaji yang bersifat automatik dan berterusan kerana sekiranya setiap seorang menyumbang serendah RM10 sebulan, sasaran RM2.2 juta setahun bukan sesuatu yang mustahil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata skim potongan gaji terbukti sebagai mekanisme paling berkesan dalam memastikan pembayaran zakat dibuat secara berterusan tanpa membebankan pembayar.
Mohd Khaidzir berkata pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat anggota PDRM Selangor direkodkan mencecah RM1.03 juta menerusi skim potongan gaji melibatkan 2,736 anggota, sekali gus membuktikan potensi besar skim berkenaan sebagai mekanisme kutipan paling stabil.
"Sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran baharu itu, LZS turut melancarkan Kempen 'Anda Hero Asnaf, Ayuh Berzakat Sang Saka Biru' yang menawarkan kategori Wira Prihatin RM10 sebulan dan Wira Harapan RM50 sebulan mengikut kemampuan masing-masing," katanya.
Dalam perkembangan lain, LZS hari ini selesai menguruskan Wakalah Majikan PDRM Selangor berjumlah RM126,162.92 untuk diagih kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan 16 Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh Selangor bagi pelaksanaan inisiatif kebajikan dan pembangunan kerohanian anggota.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- LZS menetapkan sasaran kutipan zakat sebanyak RM2.2 juta daripada warga PDRM Selangor tahun ini melalui pelaksanaan skim potongan gaji yang konsisten.
- Ketua Pegawai Eksekutif LZS menekankan kepentingan penyertaan lebih ramai anggota PDRM dalam skim potongan gaji bagi memastikan sasaran kutipan tercapai dengan berkesan.
- LZS turut melancarkan Kempen 'Anda Hero Asnaf, Ayuh Berzakat Sang Saka Biru' untuk menggalakkan penyertaan anggota PDRM dalam kategori sumbangan zakat mengikut kemampuan masing-masing.