awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M Saravanan jalani kuarantin selepas jadi kontak rapat pesakit COVID-19

Bernama
Bernama
11/12/2020
10:14 MYT
M Saravanan jalani kuarantin selepas jadi kontak rapat pesakit COVID-19
Saravanan bertemu dengan pegawai kanan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang disahkan positif COVID-19 semalam.
PUTRAJAYA:Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan menjalani perintah kuarantin di rumah selama dua minggu mulai hari ini selepas menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19.
Saravanan ketika dihubungi hari ini berkata beliau ada bertemu dengan pegawai kanan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang disahkan positif COVID-19 semalam.
Berikutan itu, beliau telah menjalani ujian calitan COVID-19 semalam yang didapati negatif dan membuat calitan kedua hari ini namun keputusan masih belum diperolehi.
"Setakat ini baik-baik saja," katanya ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan beliau.
Menurut Saravanan, ketika pertemuan berlangsung, semua prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal dipatuhi.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan terus menjalankan tugasan rasmi dan mesyuarat secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin di rumah.
Sementara itu, HRDF dalam kenyataan hari ini mengesahkan seorang kakitangannya positif COVID-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan dan di bawah pemantauan pegawai perubatan.
Berikutan itu semua kakitangan HRDF diarahkan menjalani ujian calitan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga dan ibu pejabat HRDF ditutup selama seminggu mulai hari ini untuk kerja sanitasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saravanan
#menteri
#sumber manusia
#kuarantin
#di rumah
#kontak rapat
#positif
#COVID-19
#HRDF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan