DREBAR
M7 Pro Oil Sepang Drag Battle hujung minggu ini!

Pertandingan sangat sengit dan ramai peserta masih mempunyai peluang untuk mendahalui tangga teratas kejohanan bagi kesemua kategori B, C, D dan F.
Kelas-kelas A dan E tidak dipertandingkan pada pusingan pertama pada April 4 dahulu kerana kekurangan peserta, tetapi SIC berharap akan ada cukup pihak yang akan menyemarakkan acara ini pada hari esok (Sabtu, 23 Mei 2015).

Antara yang menjadi tarikan bagi acara ini dari kaca mata seorang pengunjung adalah anda boleh memilih untuk duduk di grandstand utama ataupun dari tepi litar. Harga bermula dari RM13 termasuk GST. Kos untuk ruang parkir pula adalah RM11 (kereta) dan RM2 (motorsikal).
Dijangka suasana akan menjadi meriah dengan beberapa pihak seperti M7, Rudy Project, 100Plus dan Mobile Book Café akan membuka khemah untuk menjalankan aktiiti tersendiri termasuk penjualan produk masing-masing.

Kedudukan markah peserta M7 Pro Oil Sepang Drag Battle 2015 sekarang
Kelas B | Markah |
Anuar Wahab (Honda) | 5 |
Mohd Syukri Osman (Proton Satria) | 3 |
Kamarudin Ahmad (Honda) | 2 |
Mohd Yuszaidi Supangat (Honda) | 1 |
Kelas C | Markah |
Muhamad Riduwan Othman (Proton Satria) | 5 |
Mohd Hairee Shah Mohd Husin (Honda) | 3 |
Muhammad Nur Firdaus Ismail (Honda Civic) | 2 |
Mohammad Farid Mohd Din (Honda) | 1 |
Kelas D | Markah |
Mohd Yusri Bin Yusof (Honda) | 5 |
Wan Izani Wan Sulaiman (Proton Arena) | 3 |
Anuar Wahab (Honda) | 2 |
Muhammad Ridzuan Ahmad (Honda) | 1 |
Kelas F | Markah |
Muhammad Ridzuan Ahmad (Honda) | 5 |
Mohammad Farid Mohd Din (Honda) | 3 |
Salleh Othman (Proton Satria) | 2 |
Mohamad Soffy Salleh (Honda) | 1 |

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami