MALAYSIA
MA63: Kerajaan MADANI komited capai persetujuan dengan Sabah, Sarawak - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang paling giat dan paling banyak menyelesaikan perkara-perkara berhubung MA63, hasil kesungguhan, muafakat dan komitmen bersama semua pihak. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan terus membuka ruang perbincangan dengan kedua-dua Kerajaan Sarawak dan Sabah, tentang Perjanjian Malaysia 1963.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI akan memasitkan perbincangan tersebut berlangsung dalam suasana harmoni, tertib dan penuh saling hormat.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025 di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching, pada Jumaat.
“Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan status kemajuan terkini berhubung pelaksanaan persetujuan di bawah MA63.
“Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan ialah cadangan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak, hal ehwal pelancongan, kuasa dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, serta pemberian kuasa berhubung pengurusan alam sekitar.
“Dalam semangat MADANI, kita bukan sahaja bertekad menyelesaikan isu-isu berbangkit, malah merealisasikan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang telah lama menanti,” katanya.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang paling giat dan paling banyak menyelesaikan perkara-perkara berhubung MA63, hasil kesungguhan, muafakat dan komitmen bersama semua pihak.
“Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah atas kerjasama erat, keikhlasan serta semangat persaudaraan yang sentiasa menjadi sandaran dalam kita menzahirkan Perjanjian Malaysia 1963 secara adil dan bermakna,” katanya lagi.