SHAH ALAM : Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menegur tindakan seorang pelakon bergelar Datuk yang memaparkan dirinya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing melalui satu siaran langsung di Instagram milik selebriti itu.
Menurut MAA, tindakan itu akan mengakibatkan kucing mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam melihat serta bau musuh berdekatan.
Ini kerana katanya, aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing, walaupun dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan haiwan itu ketakutan memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa serta mangsa.
"Pelakon ini mungkin tidak memahami bahawa negara Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan @lembagakebajikanhaiwan @dvsmalaysia_official yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada didedahkan dengan bahaya seperti terkandung dalam lima Elemen Kebajikan Haiwan iaitu mengelak daripada haiwan peliharaan daripada bahaya dan ketakutan melampau.
"Selain itu, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seliaan @perhilitan_malaysia pula menggariskan setiap haiwan liar seperti ular sawa perlu mempunyai lesen untuk memiliki haiwan liar dan mengadakan persembahan atau tayangan umum sama ada di jalanan arau media sosial," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.
MAA membuat kenyataan itu susulan tindakan pelakon yang terpalit dengan kontroversi membabitkan dirinya dan seorang pengarah filem tersohor baru-baru ini membuat siaran langsung di Instagram pada Isnin memaparkan dirinya 'bermain' dengan ular sawa dipercayai ketika menjalani sebuah penggambaran drama.
Menerusi video berkenaan, pelakon berbadan sasa itu dilihat 'bermain' dengan reptilia tersebut, selain turut meletakkannya di atas sangkar yang mempunyai beberapa ekor kucing di dalamnya.
Mengulas lanjut, MAA berkata, kesemua undang-undang haiwan yang dirangka di Malaysia ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kehidupan itu sama ada domestik atau liar terpelihara sesuai ketamadunan negara yang menuju ke arah kemajuan minda kelas pertama.
"Pelakon ini dinasihatkan supaya lebih peka dan sensitif dalam mengendalikan media sosial miliknya apabila melibatkan haiwan domestik serta haiwan liar.
"Diharapkan perkara seumpama ini tidak berulang dan perlu diperbaiki segera," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023

Menurut MAA, tindakan itu akan mengakibatkan kucing mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam melihat serta bau musuh berdekatan. - Gambar/ Sinar Harian

Polis Australia pulangkan syiling Holey Dollar keluaran 1813 yang dicuri kepada Poland
Sekeping syiling yang dicuri dari muzium Poland telah dipulangkan oleh polis Australia selepas ia berakhir di tangan seorang pengumpul di Perth.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.
Mata wang tunggal ASEAN masih jauh untuk dicapai - Pakar
Ahli Ekonomi Kanan, Samuel Sekuritas Indonesia, Dr Fithra Faisal Hastiadi berkata, tumpuan utama perlu diberikan kepada pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan setara antara negara-negara anggota untuk mencapai matlamat ini.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Rekod Asia Alia Sazana tidak akan dikira sebagai rekod dunia
NSAM sudah sedia maklum bahawa sebarang rekod dunia yang dicipta di Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 itu tidak akan dikira.

Malaysia menerajui ASEAN dalam aspek perumahan mampu milik - Juwai IQI
Malaysia membelanjakan jumlah yang besar, iaitu memperuntukkan RM2.85 bilion untuk perumahan mampu milik setiap tahun.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Kadar pengangguran dalam kalangan belia masih tinggi
Pengangguran dalam kalangan belia kekal tinggi dan pekerjaan sektor informal terus meningkat, mencerminkan cabaran dalam pasaran buruh negara, walaupun kadar pengangguran keseluruhan di Malaysia berada pada tahap terendah sejak 2015.
Lawatan Delegasi Parlimen UK, kukuh hubungan, kerjasama
Delegasi Parlimen United Kingdom yang diketuai Speaker House of Commons Lindsay Hoyle mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia pada Selasa sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi legislatif.

Suspek kes tembak cari khidmat bot dari Pulau Ketam ke Thailand - Penduduk
Seorang penduduk mendakwa suspek mencari khidmat bot untuk ke Thailand kerana pasportnya disenarai hitam. Suspek tiba di Pulau Ketam dengan feri dari jeti.

Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Jualan kenderaan baharu Oktober Malaysia susut empat peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut empat peratus kepada 69,859 unit pada Oktober 2024 berbanding 76,173 unit yang dicatatkan semasa bulan yang sama tahun sebelum ini.

MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.

MAA jangka impak penyasaran subsidi diesel ke atas jumlah jualan keseluruhan industri tidak ketara
Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah trak pikap, van dan kenderaan perdagangan.

Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Jualan kenderaan melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari 2024
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari tahun ini berbanding 50,168 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Jualan automotif Malaysia cecah paras tertinggi 799,731 unit pada 2023 - MAA
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya.

Jualan kereta susut 4% kepada 71,908 unit pada November 2023
MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 sepadan dengan jualan dari November 2023.

MAA cadang insentif di bawah Belanjawan 2024 merangkumi semua jenis xEV
MAA mencadangkan insentif di bawah Belanjawan 2024 diberikan kepada semua jenis kenderaan elektrifikasi berbanding hanya EV.

Jualan kenderaan meningkat 13 peratus kepada 71,745 unit pada Ogos - MAA
MAA menjelaskan, pertumbuhan kukuh itu menandakan jualan bulanan kedua tertinggi bagi 2023 selepas TIV Mac yang merekodkan 78,849 unit.