Maahad Al Islah Teluk Intan terbakar lagi

Abd Razak Mohd Ali
Ogos 9, 2018 10:04 MYT
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menerima panggilan kira-kira jam 2.30 petang mengenai kebakaran bangunan asrama dua tingkat itu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Bangunan Sekolah Agama Maahad Al Islah di Sungai Lampam, dekat sini terbakar lagi petang ini, kejadian kedua seumpanya dalam tempoh setahun.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 2.30 petang mengenai kebakaran bangunan asrama dua tingkat itu.
Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafle Abdullah itu turut menerima bantuan daripada BBP Hutan Melintang, BBP Tapah dan BBP Langkap.


Kebakaran melibatkan bangunan asrama 3 tingkat yang menyebabkan bahagian atas tingkat tiga musnah terbakar 60 peratus.


Operasi pemadaman selesai sejam kemudian.

Pada 3 Julai tahun lalu, tingkat bawah sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah itu turut terbakar dalam kejadian lewat malam.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan ketika itu.

#bomba #kebakaran #operasi #Sekolah Agama Maahad Al Islah #tahfiz #Teluk Intan #Zulkafle Abdullah