awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung UMNO: Tiada usul keluar Kerajaan Perpaduan diterima - Asyraf Wajdi
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini

Fareez Azman
Fareez Azman
18/04/2021
10:40 MYT
Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Ismail Sabri berkata, keputusan melaksanakan PKPD di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dibuat berikutan peningkatan kes COVID-19 dilaporkan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat berikutan terdapat peningkatan kes COVID-19 dilaporkan secara mendadak di lokaliti itu.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah bermula 19 April sehingga 2 Mei 2021," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Tambah Ismail, KKM telah melaksanakan sebanyak 396 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 43 kes positif COVID-19 direkodkan.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar," katanya lagi.
Pada Ahad, Kelantan mencatatkan sebanyak 332 kes COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes ketika ini sebanyak 8,448 kes.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#kes positif
#PKP
#PKPD
#Maahad Tahfiz Sains Tanah merah
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan