SHAH ALAM: Sebanyak 5.6 juta kenderaan membanjiri lebuh raya seluruh negara menyebabkan aliran trafik sesak di beberapa laluan utama sejak Jumaat.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, sejak fasa peralihan endemik, jumlah trafik harian di lebuh raya utama adalah sebanyak 4.52 juta kenderaan menyamai jumlah dicatatkan semasa pra pandemik pada Mac 2020.
Menurutnya, jumlah tersebut meningkat kepada 5.32 juta kenderaan pada Jumaat berikutan pergerakan trafik yang amat tinggi dari Lembah Klang ekoran cuti panjang.
"Jumlah trafik mencatatkan peningkatan kepada 5.6 juta kenderaan pada Sabtu menyamai aliran trafik dicatatkan semasa malam sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
"Hari ini pun sehingga jam 2 petang dikesan kesesakan di sektor utara di Gua Tempurung, kawasan selatan turut menunjukkan peningkatan aliran dari arah Johor begitu juga di sektor timur di Karak," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Ahad.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan trafik di Plaza Tol Gombak menghala Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dipenuhi kenderaan warga kota yang ingin meninggalkan Lembah Klang.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kesesakan dianggarkan sejauh dua kilometer (km) dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke plaza tol terbabit pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Bakri berkata, pihak JSPT sentiasa memantau aliran trafik di seluruh negara dan menempatkan anggota serta pegawai di di beberapa lokasi utama untuk menjalankan tugas penyuraian trafik sepanjang tempoh cuti sekolah berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan trafik.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan rakaman video berkenaan kesalahan trafik menerusi halaman Facebook JSPT supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang tegar melanggar peraturan lalu-lintas.
"Kita telah terkesan ramai pengguna jalan raya telah mula melakukan kesalahan seperti menggunakan laluan kecemasan berikutan lambakan kenderaan di atas jalan dan kita memang akan ambil tindakan terhadap mereka.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa bersabar, merancang perjalanan dan tidak melakukan provokasi semasa memandu," ujarnya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
S Arutchelvan
Sun Jun 05 2022
Keadaan aliran trafik semasa sekitar tiga petang tadi yang mengalami peningkatan kenderaan masuk ke Port Dickson, ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang
Projek yang bakal dijalankan Anih Bhd itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Penggabungan kaunter kurangkan kesesakan di Tambak Johor
Operasi di BSI kini berjalan lancar selepas kaunter sedia ada digabungkan bagi melancarkan aliran trafik terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.
'Kumpool Kasturi' mampu kurangkan 40 peratus kesesakan di Melaka
Percubaan perkhidmatan itu dijalankan selama sebulan bermula 16 Sept lepas melibatkan Zon Bandaraya.
Lori terbalik, trafik sesak di PLUS laluan Alor Pongsu-Bukit Merah
Aliran trafik sesak lebih empat kilometer dari Alor Pongsu ke Bukit Merah, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), berikutan kemalangan sebuah lori muatan sawit yang terbalik.
Kesesakan HSA: Bangunan terbiar lebih 20 tahun diguna semula
Pembukaan kembali bangunan tersebut akan dilakukan kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bitara MADANI: Kesesakan pesakit Zon Hijau Jabatan Kecemasan HTAR turun 70 peratus
Projek rintis yang dilaksanakan sejak Mac itu menyaksikan langkah penyuraian pesakit rawatan kecemasan bukan sekunder dihantar ke KK.
Pembukaan semula jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang beri kelegaan kepada pengguna
Susulan pembukaan semula jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis, Pahang ke Gua Musang, rata-rata pengguna melahirkan rasa syukur.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.