awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macam tengah 'online', telefon dan WhatsApp Mahdzir Khalid digodam

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2021
04:45 MYT
Macam tengah 'online', telefon dan WhatsApp Mahdzir Khalid digodam
Pegawai khasnya, Aizat Azam menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, kejadian tersebut mula disedari pada jam 10 malam semalam (Isnin). - Gambar Fail
KUALA LUMPUR :Bukan sahaja orang awam, bahkan orang kenamaan termasuk bekas menteri juga boleh menjadi sasaran penggodam.
Terbaharu, talian telefon dan aplikasi WhatsApp bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan digodam individu tidak bertanggungjawab.
Pegawai khasnya, Aizat Azam menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, kejadian tersebut mula disedari pada jam 10 malam semalam (Isnin).
“Untuk makluman, walaupun Datuk Seri Mahdzir tidak menggunakan aplikasi WhatsApp dan mematikan telefon bimbitnya, tetapi aplikasi tersebut kelihatan sedang ‘online’ yang mana ia jelas menunjukkan ia sedang digodam oleh seseorang.
Makluman penting mengenai kejadian aplikasi Whatsapp @MahdzirKhalid digodam. pic.twitter.com/LfXu5nw17y
— Aizat Azam (@aizatreko) January 18, 2021
“Buat masa ini, Datuk Seri Mahdzir terpaksa mematikan talian telefon bimbitnya sebagai langkah keselamatan.
“Sebarang kesulitan di pihak tuan puan yang cuba menghubungi Datuk Seri Mahdzir, diharap ambil maklum akan kejadian penggodaman ini,” katanya.
Beliau turut memohon semua orang untuk mengabaikan sebarang hantaran atau maklum balas yang kurang menyenangkan daripada nombor tersebut.
“Segala hantaran dan maklum balas di aplikasi WhatsApp daripada nombor telefon yang digunakan bekas Menteri Pendidikan itu bukan daripada beliau,” ujarnya.
Menerusi ciapan di Twitternya, Aizat memaklumkan pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada polis pada jam 2.00 pagi tadi dan dipanggil pada jam 2.30 pagi untuk membantu siasatan.
“Harap PDRM dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) boleh ambil tindakan lanjut dengan kadar segera,” ciapnya.
Topic Berkaitan
#godam
#bekas menteri
#Mahdzir Khalid
#telefon
#WhatsApp
#PDRM
#Twitter
#SKMM
#polis
#siasatan
#keselamatan
#menteri
#Siber
#digodam
#penggodaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan