SIBU: Seorang wanita yang merupakan pesara awam di Sibu kerugian lebih RM1.63 juta akibat sindiket 'Macau Scam' dalam tempoh dua bulan ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supt Dr Collin Babat berkata penipuan tersebut bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya ejen insurans pada 27 Okt lepas.
Collin berkata pemanggil tersebut telah memberitahu mangsa dia mempunyai tuntutan insurans kemalangan yang masih belum diselesaikan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
"Talian mangsa kemudian dipindahkan kepada individu mendakwa dirinya sebagai Sarjan Razif, yang memberitahu mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dari 2020 hingga 2021 dan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya," kata Collin dalam satu kenyataan di sini hari ini.
'Sarjan Razif' kemudian menawarkan diri untuk membantu mangsa menyelesaikan kesnya tetapi mangsa perlu membuka dua akaun atas namanya untuk memberi akses kepada Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan.
"Mangsa kemudian membuka dua akaun berdasarkan arahan diberikan dan menyerahkan nama pengguna serta kata laluan kepada suspek," katanya.
Pada 10 Nov, mangsa memasukkan wang simpanannya ke dalam akaun tersebut untuk tujuan siasatan.
Dia hanya menceritakan perkara itu dengan abangnya pada Selasa lepas dan diberitahu bahawa dia mungkin telah ditipu.
Apabila menyemak akaun banknya selepas itu, mangsa mendapati 52 transaksi pengeluaran berjumlah RM1,638,943 telah dibuat dan membuat laporan polis keesokannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Seorang wanita yang merupakan pesara awam di Sibu kerugian lebih RM1.63 juta akibat sindiket 'Macau Scam' dalam tempoh dua bulan ini. - Gambar hiasan

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Kebakaran | Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini. Ketua Pengarah Jbpm Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.

Pemilihan PKR | Pengundian di 13 cabang berjalan lancar
Pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di 13 cabang di Pulau Pinang hari ini berjalan lancar. Pengerusi PKR Negeri, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik memaklumkan, proses pengundian secara fizikal bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang tadi dalam suasana aman dan terkawal meskipun ada kawasan yang sedikit ‘panas’.

Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa mendakwa terima panggilan daripada pihak insurans yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.

'HR manager' kerugian RM132,900 diperdaya 'pegawai KKM'
Gara-gara panik kerana didakwa meminta ubatan berlebihan di sebuah klinik komuniti, seorang pengurus sumber manusia kerugian RM132,900 setelah menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam.

Guru wanita terpedaya Macau Scam, RM276,000 lesap
Kerana terlalu bimbang, mangsa pinjam wang dari bank dan rakan serta keluarkan simpanan semata-mata untuk lunaskan bayaran 'scammer'.

Jurutera 'berputih mata', wang simpanan RM61,450 lesap ditipu wanita menyamar pegawai LHDN
Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kulim pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai LHDN.

Kes Macau Scam di N.Sembilan meningkat, catat kerugian lebih RM4 juta
Kes tersebut menunjukkan peningkatan 336 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 33 kertas siasatan dibuka.

Guru rugi RM7.3 juta angkara Macau Scam
Mangsa yang agak panik kemudiannya menuruti arahan suspek dan menyambung panggilan kepada seorang pegawai polis.

Pesara kerajaan rugi RM373,000 ditipu Macau Scam
Seorang pesara kerajaan kerugian RM373,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak November lepas.

Pengurus syarikat kerugian lebih RM1.2 juta diperdaya sindiket 'Macau Scam'
Mangsa, seorang wanita berumur 46 tahun berasal dari Kulim, menerima panggilan telefon daripada individu bernama Sabrina.

Macau Scam menyamar LHDN ditahan
Suspek menipu kononnya mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Polis tahan lelaki disyaki ahli sindiket Macau Scam
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang mangsa kerugian RM28,000.